EJALTI Publish time 19-3-2024 09:03 AM

Norman minta maaf kepada Abby, sedia selesaikan isu Marissa

Norman minta maaf kepada Abby, sedia selesaikan isu Marissa

https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/norman-minta-maaf-kepada-abby-sedia-selesaikan-isu-marissa/

Oleh HANISAH SELAMAT
19 Mac 2024, 8:32 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/norman-hakim-abby-abadi.jpeg
Sebagai bapa Norman Hakim sedia menyelesaikan segala perkara berbangkit membabitkan anaknya, Marissa Dania.

PETALING JAYA – Enggan memanjangkan konfrontasi, pelakon Norman Hakim sedia memikul tanggungjawab berhubung pernikahan anak perempuannya, Marissa Dania yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Malah, pemilik nama lengkap Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, itu berjanji akan menyelesaikan isu berbangkit, selain meminta maaf kepada bekas isterinya, Abby Abadi atas kesilapan dilakukan.

“Ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

“Seperti yang saya katakan insya-Allah saya usaha yang termampu,” tulisnya menerusi ruangan komen dalam hantaran dibuat bekas isterinya itu.

Menerusi perkongsian sama, bapa kepada enam cahaya mata termasuk tiga bersama pelakon Memey Suhaiza itu turut mengakui terpaksa menggunakan Instagram untuk berkomunikasi kerana tidak dapat berhubung dengan Abby.

“Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak,” ujarnya.

Menerusi komen sama, pelakon Gerak Khas itu tidak ketinggalan menyampaikan salam anak mereka kepada Abby.

“Dania (Marissa) kirim salam sayang untuk awak. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Perang dingin antara mereka difahamkan tercetus selepas Norman meminta Abby berhenti berkongsi mengenai hal pernikahan Marissa yang menjadi bualan hangat ramai kepada umum.

Kemudian wanita terbabit menempelaknya pula dengan mendakwa Norman lepas tangan terhadap anak-anak mereka tetapi dinafikan.

Ini susulan kenyataan Abby dalam sebuah platform audio siar atau podcast yang mengesahkan Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti dakwaan tular sebelum ini.

Dia turut mendedahkan Marissa keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama lelaki terbabit iaitu Misya demi membolehkan mereka bernikah secara sembunyi.

Susulan pendedahan tersebut, lebih banyak kecaman netizen dihamburkan terhadap Marissa yang membuatkan Abby sedih apabila darah dagingnya itu berterusan menjadi bahan sindiran. – KOSMO! ONLINE

dewi_rina Publish time 19-3-2024 09:10 AM

Elok pun, isu lama dah kena up balik baru pandai ye.. Go ebi, kalini kitorang team acik ebi..

AreYou.69 Publish time 19-3-2024 01:36 PM

Xde akses nak hubungi?
Rumah sebelah2 pastu IG pun ada DM kan
IG bukan kena block pun..huhu
Awat kena buat open klu memilih tuk x publicize dirty laundry in public..
Sama je 2x5 ko dgn si selam

doubleA Publish time 19-3-2024 01:48 PM

Nampak mcm yebi vs oman&markisah

Dulu yebi perjuangkan sorang2 rumah tangga dia, oman aman2 berskandal dgn mek. Now yebi perjuangkan sorang2 lagi, oman aman2 tag team markisa dgn mek. Masa yebi turun naik mahkamah tu dah la baru lepas pantang/lahirkan anak ketiga

DukunSentet Publish time 19-3-2024 01:53 PM

Bedal je normiang cukup2..kalau boleh perli kaw2 sekali kat memek..kadang2 lalu kat tt tunjuk memek dok masak mcm2 kat normiang, entah kenapa hati hitam aku meluat nak mampos.. Rasa mcm tak adilnya penyondol hidup bahagia aman2 masak mkn sedap2..bisnes tudung ramai sapot padahal pernah menghancurkan rumahtangga dan hati perempuan lain..kenapa yang menyondol nie (si memek) bahagia ye..taknsegan ke tunjuk terpaling bahagia terpaling loving couple padahal laki ko tue kau rembat dari pompuan lain..wai wai dunia ini kejam.. :curse:

seripahzeripah Publish time 19-3-2024 01:56 PM

Acik bakyah reply bila nomang ckp xdpt dihubungi..

jihyomelly Publish time 19-3-2024 02:02 PM

bila jadi mcm ni kesian jugak kat yebby…anak dah settle nikah aman2 jd binik no 2.. ni mak pak pulak bercakaran..memek senyum kambing sambil masak2

edoraixora Publish time 19-3-2024 02:02 PM

perang pulak dah mak & bapak marissa ni
puas hati kau marissa? pasal kau, mak bapak kau berperang pulak
dulu2 demi anak2 sanggup mak kau rendahkan ego berbaik dgn bapak kau
ini balasan kau kat mak kau ye

naina Publish time 19-3-2024 02:05 PM

seripahzeripah replied at 19-3-2024 01:56 PM
Acik bakyah reply bila nomang ckp xdpt dihubungi..

Perghhh betoll2 makan hati dan tersakiti Abby ya. Mana taknya. Dari ex laki ke anak buat perangai sama. Lepastu si bapak banyak diam sebab dia pun sedor kalau dia berbunyi kang orang pulangkan buah paku keras balik. Kalau bapak orang lain dah lama dah si selam tu kena pelangkung. Bawak lari anak dara orang kot. 19 tahun baru. Si mak ni dari dulu dok perjuangkan. Netizen tetap kecam mak. Bapak NGN mak tiri Aman2. Markisah berdosa besar ya sampai mak bapak yang dah baik skng berantakan balik gara2 dia.

dagusengett Publish time 19-3-2024 02:12 PM

Well org melayu kita ni tak suka cerai2 ni
So nak kena bagi depa bahagia bertiga
Whatever lah i dah jadi mak so i understand bila parents tak berkenan kat perangai anak and menantu
Within reasonable reason la esp bab kawen lari la kan
Dah anak bodoh ajak laki gi kawen yg laki pun bodoh ikut jer yg si madu lagi sorang tu pun bodoh senyap jer
Yg bagus kakak budak tu dia bising kat socmed dia jer but at least speaking the truth haha
So ikut popular opinion biarla depa mak ayah hadap jelah

MadameOnion Publish time 19-3-2024 02:18 PM

Edited by MadameOnion at 19-3-2024 02:20 PM

buruk camna pun kelaku abby ni..tapi norman dan memek pernah hancurkan kehidupan dia..norman dan memek sebenarnya enabler utk markisah jadi camtu..

weezerfan Publish time 19-3-2024 02:19 PM

dewi_rina replied at 19-3-2024 09:10 AM
Elok pun, isu lama dah kena up balik baru pandai ye.. Go ebi, kalini kitorang team acik ebi..

Betul tu..team bakyah all the way

weezerfan Publish time 19-3-2024 02:21 PM

X lama lagi dpt kifarah ler si marissa ni.sooner or later bila dia branak pinak nantu dpt laki biawak grab

cm_vungtau Publish time 19-3-2024 02:31 PM

Boikot aje la Memek dengan Normiang. Jadah siapa bodo sangat pergi support bisnes tudung dia tu? Walaupun Abby tu mulut hansuang. I understand sebenarnya. Kesusahan hidup dia membuatkan dia kuat dan jadi a loose cannon. Harap Abby lawan kali ni.

dewi_rina Publish time 19-3-2024 02:33 PM

weezerfan replied at 19-3-2024 06:21 AM
X lama lagi dpt kifarah ler si marissa ni.sooner or later bila dia branak pinak nantu dpt laki biawa ...

Harap abg oman dgn mey dapat balasan, cringe lah dok tunjuk bahagia dah musnahkan rumah tangga orang family orang!

dewi_rina Publish time 19-3-2024 02:35 PM

seripahzeripah replied at 19-3-2024 05:56 AM
Acik bakyah reply bila nomang ckp xdpt dihubungi..

Iols tergelak ye bila ebi reply macam ni.. Dia dah pindah mongolia {:smileo

Memey pun tak dapat ke, haritu nak bgtahu si marisa buka rumah ko gigih pulak ko ye.. Dah mcm ni ko bersikap sucikan diri yg berdebu tu

m2506 Publish time 19-3-2024 02:38 PM

sian yebby

anilanil Publish time 19-3-2024 02:43 PM

Ntah le normiang. Nak settle mcm mana? Nak faraq ke nak bagi kebenaran wali? Ai rasa acik yebby lagi prefer normiang file kan kes faraq nikah. Ada berani ke? Ko dlm mahkamah pon mengaku tak bersalah kes khalwat. Nasib baik la pokcik yg tarik kaki ko kat tingkap tu as saksi utama meninggal dunia semasa kes perbicaraan berjalan. Ko tak sempat pon nak mintak maaf kat pokcik tu. Selamat makan kurma, more to come...

kuzaime Publish time 19-3-2024 02:44 PM

Pagi tadik ada terbaca sekali lalu kat ig ebby, dr yg aku faham, dia bnyk simpan @ makan hati sebenarnya. Terpaksa 'berbaik' sebab fikirkan anak2, tapi hujung2 ni balasan dia dapat. Lagi2 bila si norman awal2 cakap nak lepas tangan isu anaknya tu padahal dia wali. Normiang takut lebih2 kot ada yg ngungkit hal lama2 dia ngan memek lah tu

rumahbiru Publish time 19-3-2024 02:45 PM

team acikyebby. semoga ada kurma untuk mek. sebab now baru norman yang dapat kurma melalui anak.tak sabar nak tengok kurma apa yang mek dapat :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Norman minta maaf kepada Abby, sedia selesaikan isu Marissa


ADVERTISEMENT