Vellfire Publish time 18-3-2024 08:05 PM

Suami isteri nyaris maut dalam kemalangan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/myy-ub180324-mn-kemalangan-p1a.jpg

Anggota BBP Batu Niah mengeluarkan pasangan suami isteri yang masih berada dalam kenderaan selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu Niah, Miri semalam.
MIRI: Sepasang suami isteri berselisih maut selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sepupok Batu Niah dekat sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2 petang.
"Sepasukan anggota BBP Batu Niah kemudian bergegas ke lokasi pada jarak sembilan kilometer dari balai dan mendapati kemalangan berlaku seperti yang dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, kedua-dua mangsa yang tidak tersepit mengalami kecederaan sementara pemandu kenderaan pacuan empat roda selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setelah pasukan melakukan 'size-up' berkonsepkan, operasi menyelamat dimulakan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan tersebut.
Mangsa diserahkan kepada ambulans dan dibawa ke klinik berdekatan, Klinik Batu Niah dan operasi ditamatkan sekitar jam 2.45 petang.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/suami-isteri-nyaris-maut-dalam-kemalangan

Supersirap Publish time 19-3-2024 10:24 AM

Yang penting semuanya selamat
Pages: [1]
View full version: Suami isteri nyaris maut dalam kemalangan


ADVERTISEMENT