Vellfire Publish time 18-3-2024 07:59 PM

Nasi Nasi Kandar Royal Kedah Ajileh kegemaran ramai di Sibu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/sbw-ub180324-ba-ajileh-p1a.jpg

Orang ramai beratur mendapatkan nasi kandar royal di Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang, Sibu hari ini.
SIBU: Orang ramai mengambil peluang berkunjung ke Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Haji Bujang bagi merasai Nasi Kandar Royal Kedah yang dijual di situ.
Tinjauan menunjukkan ramai pengunjung sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi kandar yang menjadi kegemaran ramai itu.
Pemiliknya, Ahmad Faizal Rino Rusli, 40, berasal dari Kedah berkata orang ramai mula berbaris dari jam 12 tengah hari sebelum gerai dibuka jam 1 petang.
“Kami menyediakan berbagai hidangan termasuk nasi kandar ayam madu, ayam bawang, sotong dan 'lamb shank' yang merupakan antara pilihan paling diminati pelanggan.
“Semua bahan menyediakan hidangan nasi kandar ini kami import dari Semenanjung Malaysia manakala sotong kami import dari Sabah," katanya ketika ditemui di gerai bazar Ramadan di sini hari ini.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/sbw-ub180324-ba-ajileh-p2a.jpg
Ajileh menyiapkan masakan nasi kandar royal dari Kedah pesanan pelanggannya di Sibu hari ini.

Menceritakan sedikit sejarah nasi kandar, beliau yang lebih dikenali sebagai Ajileh berkata, idea memulakan perniagaan nasi kandar royal itu bermula ketika terkandas di Sarawak akibat pandemik COVID-19.
"Kerana merindui hidangan sinonim dengan kawasan utara itu, saya dan isteri saya cuba memasak sendiri dengan resipi yang dicipta sendiri.
“Kami mengajak rakan-rakan terdekat merasai masakan kami dan mereka menyukainya serta mencadangkan kepada kami berdua supaya cuba menjual kepada orang ramai,” jelasnya.
Ajileh berkata, hidangan nasi kandar itu tidak banyak ditawarkan di Sarawak dan atas alasan tersebut beliau bertekad mencuba nasib membuka perniagaan nasi kandar di negeri ini.
Katanya, keunikan nasi kandar royal adalah nasinya berwarna kuning berbanding nasi kandar lain lebih ke arah nasi kandar dari Pulau Pinang.
“Di Kedah, nasi kandarnya berwarna kuning dengan pelbagai lauk. Walaupun lauknya hampir sama, orang di Kedah memanggilnya nasi lemak royal bukan nasi kandar.
"Oleh itu, apabila saya membuka kedai di sini saya memilih untuk menggunakan nama nasi kandar royal dari Kedah agar lebih dikenali," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/nasi-nasi-kandar-royal-kedah-ajileh-kegemaran-ramai-di-sibu

Pages: [1]
View full version: Nasi Nasi Kandar Royal Kedah Ajileh kegemaran ramai di Sibu


ADVERTISEMENT