Vellfire Publish time 18-3-2024 07:52 PM

126 unit rumah dibina dalam fasa kedua di Taman Harmoni, Sri Aman

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/sri-ub180324-kl-hardenhdc-p1.jpg

Harden (tengah) mempengerusikan mesyuarat sambil diperhatikan Indit (dua kanan) serta yang lain pada sesi taklimat tersebut.
SRI AMAN: Sebanyak 126 unit rumah dibina dalam fasa kedua pembinaan rumah di Taman Harmoni di sini selepas kerja-kerja pengubahsuaian pelan reka bentuk disiapkan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, projek di bawah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) itu bagi menampung permintaan rumah daripada penduduk sekitar Sri Aman yang semakin meningkat.
"Pembinaan fasa kedua ini menampilkan reka bentuk rumah baharu serta dilengkapi dengan infrastruktur dinaik taraf seperti sistem perparitan dan landskap menarik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan sesi taklimat mengenai status projek perumahan HDC di Sri Aman di Wisma Sri Aman Development Agency (SADA) di sini baru-baru ini.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/126-unit-rumah-dibina-dalam-fasa-kedua-di-taman-harmoni-sri-aman
Pages: [1]
View full version: 126 unit rumah dibina dalam fasa kedua di Taman Harmoni, Sri Aman


ADVERTISEMENT