Vellfire Publish time 18-3-2024 07:50 PM

Penglibatan pelbagai masyarakat dalam program bubur lambuk simbol perpaduan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/sri-ub180324-kl-noorazahkrt-p1.jpg

Dayang Noorazah (lima kanan), Mohamad Syah (lima kiri), Ahmad Noorkamal (tiga kanan) bersama mengagihkan bubur lambuk.
SRI AMAN: Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat setiap kali penganjuran program memasak dan pengagihan bubur lambuk sebagai simbol kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, ini terbukti perpaduan kaum bukan hanya wujud semasa perayaan diraikan di negara ini sebaliknya wujud semasa mengadakan program seperti itu.
“Di sini menampakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan berbeza agama yang lama wujud di negara kita dan contoh terdekat yang boleh kita lihat penglibatan kaum-kaum memasak dan mengagihkan bubur lambuk hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Program Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk anjuran bersama Lembaga dan Pengurusan Masjid Lama Kampung Tengah (MASLA), Kawasan RukunTetangga (KRT) Kampung Tengah dan bandar Simanggang di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha KRT Bandar Simanggang kerana turut serta bersama masyarakat Islam di Kampung Tengah, Sri Aman memasak dan menyediakan bubur lambuk untuk disumbangkan kepada masyarakat setempat.
“Saya difahamkan kebanyakan ahli KRT Bandar Simanggang berbangsa Cina dan ini dapat kita lihat kesanggupan mereka bersama masyarakat Islam menyediakan bubur lambuk ini.
“Di sini terbukti semangat perpaduan wujud di mana masyarakat lain bersama dengan masyarakat Islam meraikan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan juadah bersama,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi KRT Bandar Simanggang Tay Cho Seng berkata penglibatan beliau bersama ahli-ahli KRT bersama penduduk Islam di kampung ini menyediakan bubur lambuk mewujudkan kerjasama erat menganjurkan aktiviti.
“Kita meneruskan kerjasama seperti ini dalam penganjuran aktiviti akan datang sebagai usaha merapatkan perpaduan pelbagai kaum,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi KRT Kampung Tengah Sri Aman Sapiah Drahman berkata menerusi program ini berjaya menyediakan sebanyak 1,200 bungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat kampung terbabit.
Hadir sama Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Temenggung Mohamad Syah Achang, Penghulu Zamari Morshidi, Pengerusi Lembaga Pengurusan MASLA Abang Hamdan Abang Yassin, Iman Masjid Lama Kampung Tengah Abang Razali Abang Ramli, ketua-ketua kaum serta ahli-Ahli KRT Kampung tengah dan KRT Bandar Simanggang.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/penglibatan-pelbagai-masyarakat-dalam-program-bubur-lambuk-simbol-perpaduan
Pages: [1]
View full version: Penglibatan pelbagai masyarakat dalam program bubur lambuk simbol perpaduan


ADVERTISEMENT