Vellfire Publish time 18-3-2024 07:48 PM

Ibu bapa berperanan penting memberi galakan, didikan kepada anak-anak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/srk-ub180324-ks-dinginsentif-p1.jpg

Ding menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Pelajar 2022 dan 2023 dan Majlis Penghargaan Kepada Warga Emas 2024 anjuran Persatuan Tang Bintangor hari ini.
BINTANGOR: Ibu bapa mempunyai peranan amat penting dalam memberi galakan dan didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperoleh kecemerlangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sokongan dan dorongan itu memberi keyakinan kepada anak-anak menghadapi saingan sihat dalam pendidikan.
"Selain itu, majlis penyampaian insentif juga amat penting dan selari dengan matlamat memotivasikan pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan.
"Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang mendidik dan membimbing pelajar sehingga melahirkan modal insan berkualiti dan mampu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Segala kejayaan itu tidak terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan guru-guru melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi," katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Pelajar 2022 dan 2023 dan Penghargaan Kepada Warga Emas anjuran Persatuan Tang Bintangor di sini hari ini.
Pada majlis sama, Ding turut menyeru warga emas terus bergerak aktif dan cerdas demi untuk kesihatan diri.
Menurutnya, warga emas juga digalakkan melibatkan diri dengan aktiviti sosial bagi mengisi masa terluang mereka.
"Melalui penglibatan seumpama itu mampu mengurangkan rasa bosan golongan ini terutama dalam mengisi masa terluang mereka.
"Golongan ini juga digalakkan berkongsi ilmu dengan generasi muda agar pengalaman dan pengetahuan dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan pada masa depan," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/ibu-bapa-berperanan-penting-memberi-galakan-didikan-kepada-anak-anak
Pages: [1]
View full version: Ibu bapa berperanan penting memberi galakan, didikan kepada anak-anak


ADVERTISEMENT