Vellfire Publish time 18-3-2024 07:47 PM

Masyarakat rumah panjang digesa kukuhkan kesepakatan, saling hormat menghormati

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/srk-ub180324-ks-mawan-p1.jpg

Mawan menyempurnakan majlis perasmian 'Ngentak Tiang' Rumah Sujang di Sungai Setubu, Pakan hari ini.
SARIKEI: Penasihat Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom menggesa masyarakat rumah panjang mengukuhkan kesepakatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Katanya, perkara ini adalah elemen penting dalam menjaga keharmonian dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat rumah panjang.
"Kita mahu melihat masyarakat rumah panjang bersatu padu kerana ini amat penting bagi menjaga dan mempermudah tugas ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) mengurus tadbir masyarakat di bawah jagaan mereka.
"Jika kita sentiasa bersatu dan sepakat dalam semua perkara terutama menjurus kepada pembangunan sesebuah rumah panjang, kita yakin pembangunan juga mudah disalurkan dan urusan berkaitan berjalan dengan lancar.
"Perselisihan faham atau sebarang kekusutan berlaku perlu diselesaikan dengan sebaik-baiknya demi kebaikan bersama pada masa depan," katanya pada majlis perasmian 'Ngentak Tiang' Rumah Sujang di Sungai Setubu, Pakan di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan itu berkata, perkara-perkara atau isu yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat di rumah panjang perlu dielakkan.
"Jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu yang boleh menjurus kepada perpecahan dan jika ada masalah bincang dengan sebaik-baiknya.
"Masyarakat perlu ingat dengan perpaduan dan kesepakatan segala perancangan pembangunan berjalan dengan lancar dan semua mendapat manfaatnya.
"Bagi KMKK, sentiasa mengambil peduli dan prihatin dengan masyarakat di bawah jagaan mereka serta memastikan keperluan mereka diuruskan dengan sebaik-baiknya," jelasnya.
Pada majlis sama, Mawan turut menyampaikan geran MRP berjumlah RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Sujang.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/masyarakat-rumah-panjang-digesa-kukuhkan-kesepakatan-saling-hormat-menghormati
Pages: [1]
View full version: Masyarakat rumah panjang digesa kukuhkan kesepakatan, saling hormat menghormati


ADVERTISEMENT