Vellfire Publish time 18-3-2024 07:45 PM

Sejumlah RM609,500 geran MRP diperuntukkan oleh ADUN Tamin

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/sbw-ub180324-wz-mrp-p1.jpg

Penerima-penerima geran MRP bagi kawasan DUN Tamin hadir pada majlis tersebut.
SELANGAU: Sejumlah RM609,500 geran projek kecil luar bandar (MRP) telah diperuntukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) TaminChristopher Gira Sambang kepada penerima-penerima di kawasannya.
Geran MRP tersebut diagihkan kepada seramai 33 penerima di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin mewakili organisasi masing-masing.
Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Tamin Alo Meliau mewakili Gira menyampaikan MRP tersebut semasa menyempurnakan majlis perasmian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Penghulu Andrewson Ngalai di Skim Sekuau dekat sini.
Pada majlis sama, beliau turut meluluskan peruntukan sejumlah RM10,000 kepada JKKK Rumah Penghulu Ngalai.
Hadir sama semua penghulu kawasan tersebut, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum serta penduduk setempat.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/sejumlah-rm609500-geran-mrp-diperuntukkan-oleh-adun-tamin
Pages: [1]
View full version: Sejumlah RM609,500 geran MRP diperuntukkan oleh ADUN Tamin


ADVERTISEMENT