Vellfire Publish time 18-3-2024 06:29 PM

Jeffrey sampaikan sumbangan RM11,500

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/bukapuasa1w.jpg

SAMPAIKAN: Jeffrey (dua kiri) menyampaikan replika cek kepada Ustaz Ramli (dua kanan) sempena majlis itu.
TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyifatkan keunikan Sabah dapat dilihat menerusi hubungan silaturahim masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Keunikan itu katanya, jelas mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di Sabah yang bukan sahaja harmoni malah lebih akrab dan itu antara keindahan yang menyerlah di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat anjuran Pejabat Wakil Rakyat (PWR) Tambunan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Kampung Puntingabai baru-baru ini.
Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan dalam ucapan turut mengingatkan masyarakat supaya berwaspada dengan cuaca kemarau ketika ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
Beliau sempat berpesan kepada orang ramai supaya mengelakkan dari melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan pertanian memandangkan ia amat berisiko.
Pada majlis itu, Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau turut menyampaikan cek berjumlah RM11,500 kepada Ustaz Ramli Asri untuk program majlis berbuka puasa di beberapa masjid dan surau terpilih.
Pada masa yang sama beliau juga meluluskan permohonan terdahulu untuk pembinaan jalan ke pusat pengumpulan air graviti kampung.
Mengenai surat permohonan kampung untuk penyelenggaraan jalan kebun sejauh dua kilometer (KM) masing-masing di Kampung Puntingabai dan Kampung Tonop, Jeffrey berkata ianya akan dilaksanakan setelah segala proses berkaitan diselesaikan.
Disamping itu juga, Jeffrey turut menyumbangkan 100 buah kerusi kepada Masjid Haji Nik Zawawi Puntingabai selain berkesempatan mengagihkan makanan berbuka puasa di Pasar Malam Gombunan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/jeffrey-sampaikan-sumbangan-rm11500
Pages: [1]
View full version: Jeffrey sampaikan sumbangan RM11,500


ADVERTISEMENT