Vellfire Publish time 18-3-2024 06:21 PM

Masyarakat perlu peka, jangan lakukan pembakaran terbuka

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/kks-ub180324-ysh-roger1.jpeg

ROGER
KOTA KINABALU: Masyarakat diminta untuk lebih berhati-hati dengan tidak melakukan pembakaran terbuka pada ketika ini.
Seorang Pemimpin Tempatan Roger Yapp berkata, kini adalah musim kemarau dan pembakaran terbuka ini menyumbang kepada tahap jerebu di sini, khususnya kawasan Inanam dan Manggatal.
"Penduduk juga dinasihatkan agar tidak membuang puntung rokok ke kawasan belukar atau semak kerana ia berpotensi punca terjadinya pembakaran terbuka di sesuatu kawasan.
"Kejadian jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan penduduk khususnya mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak serta warga emas.
"Keprihatinan daripada semua pihak wajar dipertimbangkan demi kelangsungan hidup bersama yang lebih makmur dan sejahtera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar para pemimpin peringkat akar umbi khususnya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kawasan masing-masing agar rajin turun padang memantau keadaan.
Katanya, selain memantau masalah isu setempat seperti masalah sistem perparitan, kebocoran paip air, isu sampah, vandalisme. Para pemimpin ini juga boleh membuat tinjauan sekiranya didapati terdapat kawasan belukar yang terbakar.
"Kemudian mereka boleh menelefon pihak berkaitan untuk memadamkan kebakaran itu sebelum insiden tidak diingin berlaku," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/masyarakat-perlu-peka-jangan-lakukan-pembakaran-terbuka
Pages: [1]
View full version: Masyarakat perlu peka, jangan lakukan pembakaran terbuka


ADVERTISEMENT