Vellfire Publish time 18-3-2024 06:19 PM

SICC destinasi terbaik acara MICE antarabangsa

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/kks-ub180324-ysh-christina1.jpg

KENANGAN: Christina (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Penerbit dan Pengurus Pengarang eTurboNews (Global Travel Industry News), Juergen T. Steinmetz.
BERLIN: Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) adalah destinasi terbaik yang disyorkan bagi sebarang penganjuran Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) bertaraf antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, SICC yang terletak di Bandaraya Kota Kinabalu itu disifatkan sebagai kemudahan konvensyen terbesar di Malaysia Timur.
“SICC dilengkapi dengan kemudahan moden dengan kapasiti tempat duduk lebih banyak sehingga lebih 5,000 orang.
“Ini termasuklah dewan konvensyen, dewan pameran dan bilik mesyuarat peribadi, dataram Jesselton Square dan lebih 1,000 tempat letak kereta,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama agensi berita antarabangsa di ITB Berlin di sini baru-baru ini.
Christina berkata, SICC sebelum ini juga pernah mengadakan Kongres Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia ke-34 (ASCOMOS ke-34) padatahun lalu.
Katanya, kongres yang dirasmikannya itu telah dihadiri lebih 1,000 delegasi terdiri daripada pakar onkologi dan profesional penjagaan kesihatan yang terlibat dalam penjagaan kanser, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari rantau Asia Pasifik (Singapura, Thailand dan Australia).
"Sabah mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi destinasi pelancongan perubatan. Ia menyediakan persekitaran yang tenang yang kondusif untuk penyembuhan, pemulihan dan kelonggaran.
"Secara keseluruhannya, Sabah menyediakan pendekatan holistik kepada pelancongan perubatan, menggabungkan kepakaran perubatan dengan keindahan semula jadi dan pengalaman budaya untuk meningkatkan proses penyembuhan,” katanya.
Dalam pada itu, Christina berkata, Sabah mempunyai kemudahan perubatan moden dan profesional penjagaan kesihatan mahir yang disediakan oleh Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Pusat Perubatan Jesselton, dan Hospital Pakar KPJ Sabah.
Katanya, ia adalah bagi memastikan penjagaan perubatan berkualiti tinggi untuk pelancong yang mendapatkan rawatan atau prosedur.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/sicc-destinasi-terbaik-acara-mice-antarabangsa
Pages: [1]
View full version: SICC destinasi terbaik acara MICE antarabangsa


ADVERTISEMENT