Vellfire Publish time 18-3-2024 06:18 PM

Seorang maut, seorang lagi parah kereta bertembung lori

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/twu-ub18032024-hs-mautp1.jpg

MAUT: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TAWAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan lori 10 tan di Jalan Apas Balung, di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 pagi.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, kemalangan membabitkan sebuah kereta telah bertembung dengan lori 10 tan dan dua mangsa lelaki masih tersepit di dalam kereta mereka.
“Bagaimanapun, seorang daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, pemandu lori terbabit hanya mengalami cedera ringan sahaja dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang parah pula terus dihantar ke Hospital Tawau dengan menggunakan ambulans.
“Maklumat mangsa belum diperolehi sepenuhnya dan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.53 pagi,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/seorang-maut-seorang-lagi-parah-kereta-bertembung-lori
Pages: [1]
View full version: Seorang maut, seorang lagi parah kereta bertembung lori


ADVERTISEMENT