Vellfire Publish time 18-3-2024 06:16 PM

Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240318/kks-ub180324-ysh-karim1.jpeg

SERAH: Karim (lima kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji ketika di majlis itu.
KOTA KINABALU: Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Haji Karim Bujang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat pada Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Haji Dr.Mohd Arifin Mohd.Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang,Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Haji Gulamhaidar Khan Bahadar.
Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/18/karim-bujang-sertai-gagasan-rakyat
Pages: [1]
View full version: Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat


ADVERTISEMENT