mattzzx Publish time 18-3-2024 04:44 PM

Kelantan akui kekangan bekal air bersih kepada rakyat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vbnm666_1710750434.jpg
Dr Izani di Majlis Cabutan Kerja Undi Mega JKT Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan di Dewan Teratai di sini, hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali.

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan mengakui mempunyai kekangan untuk membekalkan air bersih yang mencukupi kepada rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, antara masalah yang dihadapi adalah dari segi sumber air, loji rawatan dan paip lama.

Katanya, masalah sumber air Kelantan diambil dari bawah tanah dan ia mengandungi sumber mineral yang tinggi menyebabkan air menjadi warna merah dan coklat (berkarat).

"Ia memerlukan proses rawatan yang mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi, namun air (kualiti) masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.



"Paip lama berusia lebih 40 tahun ini kita tidak boleh tambah tekanan dan jika tambah tekanan ia (paip) akan pecah. Ini bukan alasan kerana ia berlaku dan pekerja perlu mengorek untuk membaiki paip ini.

"Kalau kita boleh dapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menilai serta mempercepatkan (peruntukan) untuk buat loji di samping penukaran paip," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Cabutan Kerja Undi Mega JKT Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan di Dewan Teratai di sini, hari ini.

Dr Izani berkata, kerajaan negeri juga akan membuat program dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk membekalkan air kepada rakyat termasuk menggunakan lori kontrak.

"Kita juga memerlukan kerjasama rakyat dan berharap mereka yang mempunyai tangki dapat menyimpan air untuk kegunaan ketika waktu kecemasan.

"Insya-Allah 2028, kita dapat menyelesaikan sumber air," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071376/kelantan-akui-kekangan-bekal-air-bersih-kepada-rakyat
Pages: [1]
View full version: Kelantan akui kekangan bekal air bersih kepada rakyat


ADVERTISEMENT