CARI-HBZ Publish time 18-3-2024 04:24 PM

Selepas Shaun King, Rapper Terkenal Amerika Syarikat Lil Jon Pula Peluk Islam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/18/162157z7y3hq3kkzbsyq0m.png





Rapper terkenal Amerika Syarikat (US), DJ dan penerbit muzik, Lil Jon dilaporkan telah memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan, lapor Albawaba.


Penyanyi itu melafazkan kalimah Syahadah itu dikhalayak ramai di Masjid Raja Fahad di Los Angeles sebelum solat Jumaat.


Momen itu sempat dirakamkan dan dimuat naik di media sosial hingga mendapat perhatian orang ramai.


Dalam klip itu memaparkan Lil Jon membaca Syahadah dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sambil dibimbing imam masjid berkenaan.


https://twitter.com/One_Dawah/status/1768957198254608809


Sementara itu, Lil Jon dalam hantaran di Instagram meluahkan rasa sangat terharu berikutan beritanya memeluk Islam mendapat reaksi positif.


"Terima kasih banyak saudara dan saudari atas curahan kasih sayang dan kata-kata positif," tulis pemilik akaun yang mempunyai pengikut melebihi sejuta itu.


Lil Jon menjadi individu kedua yang berpengaruh di Amerika Syarikat yang memeluk Islam pada bulan Ramadan selepas aktivis, Shaun King secara rasmi bergelar seorang muslim.


Ringkasan latar belakang Lil Jon


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/18/162222lz4xqfbbxni2mxti.png





Untuk makluman, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith dilahirkan di Atlanta, Georgia pada tahun 1972.


Dia semakin dikenali ramai selepas menerbitkan pelbagai album dalam pelbagai genre muzik termasuk albun terbarunya JUMPIN yang baru sahaja diterbitkan pada tahun lalu.


Menurut aNews, dia merupakan pembawa atau perintis dalam mempromosikan muzk jenis Hip Hop pada awal 2000-an.


Bunyi Bising Sembahyang Raya, Lelaki Terbuka Peluk Islam

Terdahulu dalam kes berlainan, seorang lelaki di Australia yang asalnya ingin mengadu mengenai sesi solat Aidilfitri yang agak bising telah memeluk Islam.


Hajj Hussin Goss, seorang pendakwah aktif di Australia berkongsi kisah berkenaan menerusi akaun Facebooknya.


Dalam video tersebut, Hussin berdiri bersama seorang lelaki Australia yang sudah lanjut usia yang dilapor baru sahaja memeluk Islam.


“Selamat datang buat saudara baru yang baru memeluk agama Islam pada Hari Raya Aidilfitri.Awalnya, saudara ini datang ke masjid untuk tujuan mengadu berkenaan bunyi bising pada waktu pagi raya.


"..dan dia pulang ke rumah sebagai seorang Muslim. Allah Maha Besar," tulisnya di Facebook.


Sumber: Albawaba, aNews, SiakapKeli

pocongkiutss Publish time 18-3-2024 05:23 PM

Tempatan ke ni..wau tp tak sangka le

Iols tak kenal lil jon ni..tp tertgk dia kt hgtv :lol:

alieyrina Publish time 18-3-2024 07:26 PM

Aku tau lil wayne ja sb 1 lagu aku suka. Lil jon femes lagu apa

Olumis Publish time 18-3-2024 07:43 PM

Walaupun tak kenal, tapi tahniahla. Semoga jadi insan yang lebih baik.

babaicute88 Publish time 18-3-2024 07:55 PM

pocongkiutss: Tempatan ke ni..wau tp tak san ...
Banyak..search je nama dekat youtube. Pioneer crunk

JunkMail Publish time 18-3-2024 08:14 PM

Cari hbz aku rasa kau ni kena pergi kelas kefahaman ke kelas kewartawanan ke apa apa lah... Too much annoying buat keje main hentam je kau ni.

cicicumel Publish time 18-3-2024 08:16 PM

X kenal..impak x besar .lainlah taylor Swift harus impak maksima btw Alhamdulillah dan Selamat kpd beliau

Wek_omeh2 Publish time 18-3-2024 08:33 PM

pocongkiutss replied at 18-3-2024 05:23 PM
Tempatan ke ni..wau tp tak sangka le

Iols tak kenal lil jon ni..tp tertgk dia kt hgtv

Sama la kenal sbb duk layan hgtv

gideoncross Publish time 19-3-2024 01:35 AM

alieyrina replied at 18-3-2024 07:26 PM
Aku tau lil wayne ja sb 1 lagu aku suka. Lil jon femes lagu apa

"Yeah" ft Usher & Ludacris

Yoonggi Publish time 19-3-2024 01:33 PM

aku rasa tau satu lagu je kot lil jon ni. apapun, alhamdulillah, semoga terus istiqomah
Pages: [1]
View full version: Selepas Shaun King, Rapper Terkenal Amerika Syarikat Lil Jon Pula Peluk Islam


ADVERTISEMENT