EJALTI Publish time 18-3-2024 12:15 PM

Zarina muhasabah diri, digam stesen TV beri kesan

Zarina muhasabah diri, digam stesen TV beri kesan

https://www.bharian.com.my/hibur ... tesen-tv-beri-kesan

Oleh Fatin Farhana Ariffin - Mac 18, 2024 @ 12:00pm
fatin.farhana@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-03-18_at_06.07.33_1710734405.jpgZarina berkongsi, tempoh digam stesen TV berikan kesan, apatah lagi, lakonan menjadi sumber pendapatannya. - Foto IG Zarina Zainuddin

KUALA LUMPUR: Pelakon Zarina Zainuddin dikenali sebagai artis berimej seksi menjadi antara pelakon yang pernah digam daripada muncul di stesen RTM.

Zarina berkata, ia adalah tempoh memberikan kesan, apatah lagi, lakonan sumber pendapatan.

"Saya pernah kena gam selama dua tahun. Saya tiada 'job' lakonan dengan RTM, tetapi itulah perjalanan hidup saya.

"Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

"Saya sudah biasa 'shooting', walaupun berniaga. Saya tetap rasa nak berlakon. Rasa sedih bila orang tak bagi saya berlakon.

"Tapi, saya muhasabah diri, saya turun naik RTM buat rayuan dan sebagainya. Lama jugalah barulah saya dapat kelonggaran kembali berlakon," katanya kepada BH Online.

Zarina berkata, dia banyak muhasabah diri dalam tempoh digam dan percaya setiap dilalui mempunyai hikmah dan pengajaran.

"Dalam hidup, kalau diuji itu tandanya Allah sayang. Dari ujian itulah saya sedar benda salah dan perlu letak batasan.

"Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah buat mereka.

"Bagi saya, jangan gam mereka terus, kasihan. Mereka juga nak cari makan.

"Kita tak tahu apa yang berlaku sebab tidak berada di tempat mereka. Tak boleh tuduh mereka lakukan perkara tak elok," katanya.

Berikutan itu, Zarina berharap agar stesen TV mahupun penerbit tidak mengambil langkah senarai hitam nama seseorang pelakon secara berterusan.

Terdahulu, kes paling hangat pada 1992 membabitkan Zarina isu gambar bogel dan gambarnya bukan sahaja tersiar di sebuah akhbar tabloid, malah diedar ke seluruh negara.

Belibis Publish time 18-3-2024 12:22 PM

Diam2 la nek.tak pasal2 orang korek balik kisah silam ko..

vanillaninja Publish time 18-3-2024 12:29 PM

Lain betul muka sheols sekarang ye. Padahal dulu elok jah.

noor2 Publish time 18-3-2024 12:31 PM

Makin cantik dan muda muka dia...adakah filter??

makita Publish time 18-3-2024 12:48 PM

Belibis replied at 18-3-2024 12:22 PM
Diam2 la nek.tak pasal2 orang korek balik kisah silam ko..

Itu lah pasal. Silap2 org gugel nak tahu gam sbb apa? Rupanya melibatkan menjagaan hutan amazon.

dewi_rina Publish time 18-3-2024 12:50 PM

Lah makcik ni memang nak kena mencapub sepanjang masa ke.. Takde kena mengena dengan ko kan? Pergi jela jual pulut tu, lepas tu jaga anak elok-elok, phone 24 jam melekat kat tangan.. Tang bilanya buat pulut :o

dewi_rina Publish time 18-3-2024 12:51 PM

Terdahulu, kes paling hangat pada 1992 membabitkan Zarina isu gambar bogel dan gambarnya bukan sahaja tersiar di sebuah akhbar tabloid, malah diedar ke seluruh negara.

Daripada orang taktahu terus tahu, ngeng betul dia ni. Bukak aib sendiri ke mcm mana ni :L

She-Ra Publish time 18-3-2024 01:45 PM

suka betul dia mengomen kt kes2 viral ekkk
dia lupa ke, kes dia dulu tu memalukan lg amat memalukan?
kang bbnu yg tatau kisah, korek2 dan tau kisah..

Kurex Publish time 18-3-2024 01:50 PM

acik hutan amazon ni sentiasa nak menyibuk setiap isu

pembacagosip Publish time 18-3-2024 01:52 PM

vanillaninja replied at 18-3-2024 12:29 PM
Lain betul muka sheols sekarang ye. Padahal dulu elok jah.

dah mcm muka edit guna AI{:gif_haha:}

wirazam Publish time 18-3-2024 01:52 PM

Knp acik ni kena gam...isu sondol juga ke..

MadameOnion Publish time 18-3-2024 01:52 PM

bukan kena gam sebab seksi kakkk...ko kena gam sbb terkangkang kiap tunjuk hutan belantara

mamastoney Publish time 18-3-2024 02:18 PM

Ko duk diam2 boleh tak acik amazon weh. Generasi muda ramai tak tau psl gambar hutan amazon kontu, tp sebab komen ko ni, tak memasal mendorong theyols utk google dan tgk gambar2ko tu. Dah la bulan posa, tak memasal juga kurus pahal posa org.

marchikobonzo Publish time 18-3-2024 02:24 PM

Acik diam boleh tak? elok2 bbnu tak tau kisah hutan belantara, tak pasal je nt keluar balik gambar lama

pokokmeranti Publish time 18-3-2024 02:29 PM

sampai skrg poster bogel dia tak pernah I nampak.

sukacactus Publish time 18-3-2024 02:33 PM

Dia ni mcm xtau malu pula
Aib ko tu, ko xnak simpan ke
Tak pasal org korek blk

Belibis Publish time 18-3-2024 04:07 PM

wirazam replied at 18-3-2024 01:52 PM
Knp acik ni kena gam...isu sondol juga ke..

Muda lagi u ni..:$

jihyomelly Publish time 18-3-2024 04:09 PM

ehhh shadap la acik amazon..malu kang org ramai tahu rahsia hutan belantara

rosannazmia Publish time 18-3-2024 04:20 PM

Edited by rosannazmia at 18-3-2024 04:23 PM

Xyah gam lah kan.. Tu zmn achik rina.. Skrg ni buat mcm kat SK, tau2 sendiri diri x bermoral. Xtau2 lah sendiri gam kan diri sendiri. Ddk dlm gua ke hutan ke kg ke kat biach ke kat pulau ka, ddk sana muhasaba
h setahun dua gitu.. Keje blh dicari. Xkan ko bertungkus lumus berlakon bagai ko xde simpanan.. Kemain rembat advertisements duta sana sini brand sana sinun khuenss.. Boleh je survive.. Nasihat achik ler.

DottieDot Publish time 18-3-2024 06:47 PM

Dia ni tengah ada masalah rumahtangga ke ek? Lately ni kemain lagi nak enter-frame apa² isu je..
Macam x kisah nak undang point tuk orang korek balik kisah/aib silam..
Pages: [1] 2
View full version: Zarina muhasabah diri, digam stesen TV beri kesan


ADVERTISEMENT