mattzzx Publish time 18-3-2024 12:03 PM

Skuad B-23 bukan 'tempat' Arif Aiman

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Arif_Aiman_Hanapi251123_1710733710.jpg
Arif Aiman sudah berada dalam kelas tersendiri.

KUALA LUMPUR: Pemain sensasi negara, Arif Aiman Hanapi sudah berada pada kelas yang berbeza sekali gus menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu tidak dipanggil untuk memperkasa skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara bagi saingan Piala Asia B-23, bulan depan.

Hakikat itu diakui pengendali skuad B-23, Juan Torres Garrido yang melihat bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sudah membuktikan kredibiliti dan reputasinya dengan mengukuhkan namanya bersama skuad Harimau Malaya meskipun pada usia muda.

Ketika ini, pemain sayap lincah itu bersama skuad bimbingan Kim Pan Gon untuk mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac ini.

"Kita tidak pernah bercakap mengenai Arif kerana dia sudah menunjukkan bahawa dia berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding kita (skuad B-23) apatah lagi dia berada dalam kesebelasan utama skuad senior.



"Sudah tentu pemain seperti ini akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk kita dan kalau dia muncul (bersama skuad B-23), sudah tentu ini satu perkembangan yang bagus untuk pasukan kita juga.

"Tetapi kami tidak merancang (Arif Aiman) dalam skuad akhir kami kerana kami tidak pernah mendapatkan khidmatnya sebelum ini," kata Garrido pada hari pertama latihan skuad B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Dalam perkembangan lain, Garrido turut mengesahkan pemain berpangkalan di Eropah, Richard Chin tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan jangka panjang namun mereka mendapatkan khidmat pertahanan Waldhof Mannheim, Annil Vigneswaran.

"Richard mengalami kecederaan sehingga terpaksa diketepikan dua ke tiga bulan tetapi ini satu kehilangan besar untuk kita memandangkan kita tidak ada ramai pemain yang bermain di peringkat tertinggi.

"Untuk Annil, kami melihat dia layak untuk diberi peluang dan kita juga tidak ramai pertahanan tengah. Jadi amat baik untuk mengujinya dan memberi kesempatan kepadanya untuk membuktikan kemampuannya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1224856/skuad-b-23-bukan-tempat-arif-aiman
Pages: [1]
View full version: Skuad B-23 bukan 'tempat' Arif Aiman


ADVERTISEMENT