mattzzx Publish time 18-3-2024 12:01 PM

Barca kembali bernyawa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-ESP-LIGA-ATLETICO_MADRID-BARCELONA_1710732772.jpg
Lopez meraikan gol ketiga Barcelona yang disumbangkannya. FOTO AFP

Barcelona: Robert Lewandowski memberi inspirasi kepada Barcelona untuk menang 3-0 ke atas Atletico Madrid untuk memastikan harapan kejuaraan La Liga kembali bernyawa.

Lewandowski merencanakan gol untuk Joao Felix dan Fermin Lopez di kedua-dua separuh masa selain dia sendiri turut meledak jaringan bagi membantu Barcelona melonjak di tempat kedua, lapan mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Pasukan Catalan, yang kembali ke suku akhir Liga Juara-Juara minggu ini selepas empat tahun, menjadi pasukan pertama yang menewaskan Atletico di stadium Metropolitano musim ini.

Barcelona adalah pasukan terakhir yang menang di Atletico dalam saingan liga dengan pasukan Diego Simeone mengharungi 25 perlawanan tanpa kalah sejak Januari 2023.



Mereka tumbang menentang pasukan Xavi Hernandez, yang kini mempunyai lima kemenangan berturut-turut ke atas Atletico dan tidak tewas dalam 10 perlawanan sejak jurulatih itu berkata beliau akan pergi pada penghujung musim.

Barcelona mendahului dua mata daripada Girona di tempat ketiga, manakala Atletico kini di tempat kelima, selepas Athletic Bilbao mengatasi mereka.

"Saya akan menekan (pemain) lebih daripada sebelumnya," kata Xavi kepada DAZN.

"Dan sekarang saya akan meneruskannya lagi, kami akan cuba meningkatkan dan bersaing untuk La Liga dan Liga Juara-Juara, dua trofi paling penting."

Atletico bermain 120 minit pada hari Rabu menentang Inter Milan di Eropah dan walaupun Barcelona mengalahkan Napoli sehari sebelumnya, pasukan Simeone yang bermula lebih tajam.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071226/barca-kembali-bernyawa
Pages: [1]
View full version: Barca kembali bernyawa


ADVERTISEMENT