mattzzx Publish time 18-3-2024 10:43 AM

Gaun hampir terlondeh, Emma Stone panik!

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/EMMA-STONE-2.jpg
EMMA STONE

PENERIMA anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Akademi 2024, Emma Stone berdepan detik cemas apabila gaun yang dipakai semasa acara berprestij itu hampir terlucut.

Menurut Page Six, Stone hadir ke acara gilang-gemilang tersebut mengenakan gaun rona putih jenama mewah, Louis Vuitton.

Ketika berjalan naik ke pentas utama selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Aktres Terbaik, zip bahagian belakang gaun dengan potongan ‘peplum’ itu tiba-tiba rosak dan hampir terlondeh.

Keadaan itu membuatkan Stone panik, sedangkan sebelum kejadian, pelakon berusia 36 tahun sempat bergambar semasa acara karpet merah.

Semasa memberikan ucapan, Stone sempat berseloroh kepada penonton supaya tidak menghiraukan gaunnya yang rosak dan berbuat seperti tiada apa yang berlaku.

    “Abaikan gaun saya yang telah rosak ini. Anggap seperti tiada apa yang berlaku. Terima kasih atas kemenangan ini,” katanya.

https://www.kosmo.com.my/2024/03/18/gaun-hampir-terlondeh-emma-stone-panik/
Pages: [1]
View full version: Gaun hampir terlondeh, Emma Stone panik!


ADVERTISEMENT