mattzzx Publish time 18-3-2024 10:38 AM

Lewandowski bantu Barca atasi Atletico

https://assets.bharian.com.my/images/articles/barcaw4t24sdf_1710724967.jpg
Robert Lewandowski mencetus kemenangan 3-0 Barcelona ke atas Atletico Madrid di Stadium Metropolitano. - Foto AFP

BARCELONA: Robert Lewandowski mencetus kemenangan 3-0 Barcelona di Atletico Madrid, sekali gus mengekalkan peluang memburu kejuaraan La Liga.

Lewandowski membantu jaringan Joao Felix dan Fermin Lopez serta turut menjaringkan gol di antaranya untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Real Madrid kepada lapan mata.

Skuad Catalan itu, yang kembali ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu ini selepas empat tahun, menjadi pasukan pertama menewaskan Atletico di Stadium Metropolitano musim ini.

Barcelona juga pasukan terakhir menang di Atletico dalam saingan La Liga, pada Januari 2023, dengan skuad kendalian Diego Simeone mengharungi 25 perlawanan tanpa kalah sejak perlawanan itu.



Skuad kendalian Xavi Hernandez kini menang lima kali berturut-turut ke atas Atletico dan belum pernah tewas dalam 10 perlawanan sejak pengendali itu berkata dia akan meninggalkan kelab di akhir musim ini.

Barcelona kini menghuni tangga kedua, dua mata di depan Girona, manakala Atletico di tangga kelima, selepas Athletic Bilbao memintas mereka pada Sabtu.

"Saya mengerah pemain-pemain lebih daripada biasa. Dengan saya akan pergi, kami akan cuba memperbaiki persembahan dan bersaing untuk La Liga serta Liga Juara-Juara Eropah, dua trofi paling penting," kata Xavi. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1224767/lewandowski-bantu-barca-atasi-atletico
Pages: [1]
View full version: Lewandowski bantu Barca atasi Atletico


ADVERTISEMENT