mattzzx Publish time 18-3-2024 10:37 AM

Hatrik Mbappe bantu PSG belasah Montpellier

https://assets.bharian.com.my/images/articles/baoealgnwlj4ytweg_1710727444.jpg
Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe meledak hatrik ketika aksi Ligue 1 menentang Montpellier di Stade de la Mosson, Montpellier. - Foto AFP

PARIS: Kylian Mbappe meledak hatrik ketika Paris Saint-Germain membelasah Montpellier 6-2 untuk melebarkan kedudukan di puncak Ligue 1 kepada 12 mata.

Vitinha meletakkan PSG di depan dalam aksi di Stade de la Mosson dan Mbappe menambah jaringan di pertengahan babak pertama, tetapi tandukan Arnaud Nordin dan penalti Teji Savanier kembali menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun Mbappe kembali meletakkan PSG di depan selepas rehat dan Lee Kang-in menjadikan kedudukan 4-2 sebelum kapten Perancis itu melengkapkan hatriknya.

Nuno Mendes meledak gol keenam PSG untuk skuad kendalian Luis Enrique menamatkan deretan tiga keputusan seri dalam saingan Ligue 1 dan melebarkan rekod tanpa kalah pertandingan domestik yang bermula sejak September.


Mbappe melengkapkan aksi Ligue 1 untuk 90 minit buat pertama kali sejak dia memaklumkan kepada kelab hasratnya untuk meninggalkan Paris di akhir musim ini pada pertengahan Februari lalu.

Hatrik ketiga Mbappe pada kempen kali ini, menjadikan keseluruhan 24 gol dijaringkannya dalam saingan Ligue 1 dan 38 dalam semua pertandingan musim ini . - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1224790/hatrik-mbappe-bantu-psg-belasah-montpellier
Pages: [1]
View full version: Hatrik Mbappe bantu PSG belasah Montpellier


ADVERTISEMENT