mattzzx Publish time 18-3-2024 10:36 AM

Kemenangan menakjubkan ke atas Liverpool jadi pembakar semangat - Ten Hag

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-MUN-LIV_REPORT_1710724712.jpg
ANTONY meraikan jaringan yang dilakukannya bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters

Manchester: Kemenangan menakjubkan Manchester United 4-3 ke atas Liverpool dalam masa tambahan pada suku akhir Piala FA pagi tadi terus mengekalkan impian mereka untuk meraih trofi.

Pengurus United Erik ten Hag berharap ia juga akan menjadi pemangkin untuk mengubah nasib mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Amad Diallo secara praktikal membuatkan Old Trafford bergegar apabila dia menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-121 selepas Marcus Rashford menyamakan kedudukan lapan minit lebih awal dan pemenang Piala FA 12 kali itu menempah tempat separuh akhir menentang pasukan divisyen dua Coventry City.

"Ini mungkin saat (penting) di mana pasukan benar-benar boleh percaya bahawa mereka boleh melakukan perkara yang menakjubkan," kata Ten Hag yang gembira.



"Dan saya fikir apabila anda boleh menewaskan Liverpool seperti yang kami lakukan, anda boleh menewaskan mana-mana lawan, jadi terpulang kepada kami untuk membuktikan perkara itu. Saya berkata ini juga dalam sidang akhbar praperlawanan dan hari ini kami melakukannya."

United berada di tempat keenam dalam kedudukan liga, 17 mata di belakang Liverpool yang berada di tangga kedua tetapi, lebih penting, mereka berada sembilan mata di belakang Aston Villa.

Villa di tempat keempat slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan, walaupun dengan satu perlawanan dalam tangan.

Bekas kapten United, Roy Keane mencadangkan aksi luar biasa pagi tadi boleh merangsang pasukan, terutamanya pemain muda.

"Ramai pemain tidak pernah merasai Old Trafford bergegar seperti itu. Faktor perasaan gembira buat pemain ini boleh berkembang untuk baki musim ini," kata Keane di ITV.

United sememangnya menjadi tempat yang suram pada banyak malam musim ini, tetapi pertarungan pagi tadi akan menjadi satu perlawanan klasik.

"Apabila Manchester Untied menentang Liverpool, ia adalah salah satu perlawanan bola sepak terbaik dunia. Ia bersejarah," kata Ten Hag.

"Saya fikir 35 minit pertama adalah yang terbaik yang saya lihat daripada pasukan saya musim ini."

Seteru United dan penyandang juara Piala FA, Manchester City akan berdepan Chelsea dalam satu lagi separuh akhir di Wembley bulan depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071194/kemenangan-menakjubkan-ke-atas-liverpool-jadi-pembakar-semangat-ten
Pages: [1]
View full version: Kemenangan menakjubkan ke atas Liverpool jadi pembakar semangat - Ten Hag


ADVERTISEMENT