mattzzx Publish time 18-3-2024 10:29 AM

Nidzam mula pasang impian besar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/NIDZAM-JAMIL.jpg
NIDZAM mengakui tidak tertekan dengan KPI diberikan oleh pihak pengurusan selepas sah menjadi pengendali baharu Selangor FC. - FB SELANGOR FC

PENGENDALI baharu Selangor, Nidzam Jamil percaya penilaian yang ditetapkan untuk dirinya akan menjadikan beliau lebih bercita-cita untuk melonjakkan pasukan bagi meraih keputusan lebih positif pada saingan musim depan.

Walaupun enggan memperincikan Indeks Prestasi Utama (KPI), Nidzam mengakui gembira dengan ketetapan yang dibuat oleh pihak pengurusan dan tidak merasakan ia sebagai tekanan buat dirinya.

“Sudah pasti setiap jurulatih di Malaysia ada KPI masing-masing terutamanya apabila bersama Selangor. Memang ada KPI, tetapi saya tidak bercadang untuk berkongsi dan saya percaya serta gembira dengan KPI yang diberikan.

“Mungkin dengan KPI akan melonjakkan kualiti kerja semua pihak dan saya gembira dengan beberapa KPI berkenaan,” katanya pada sidang media sulungnya selepas diumumkan sebagai jurulatih baharu Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon sebelum ini menegaskan pemilihan Nidzam dibuat selepas penilaian secara terperinci dan kolektif serta melihat keupayaan yang telah ditunjukkannya sepanjang bergelar penolong jurulatih.

Pengurusan juga merasakan Nidzam mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia, memahami budaya dan hala tuju kelab serta amat mengenali para pemain sekaligus menjadikannya sebagai individu tepat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe.

“Saya hormati keputusan pengurusan memilih saya selaku ketua jurulatih. Pastinya saya terima semua ini dengan penuh tanggungjawab,” tambah Nidzam.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/18/nidzam-mula-pasang-impian-besar/
Pages: [1]
View full version: Nidzam mula pasang impian besar


ADVERTISEMENT