eddlisa_uyuk Publish time 18-3-2024 10:04 AM

SAMARINDA : LELAKI ITU 10 MLM - ADI PUTRA, FAZURA, CHE PUAN SARIMAH, NABILA HUDA

Edited by eddlisa_uyuk at 18-4-2024 10:29 AM




Nantikan drama bersiri 'Lelaki Itu' akan disiarkan di Samarinda TV3 pada bulan Ramadan nanti. Drama 30 episod terbitan Rumah Karya Citra dan diarahkan oleh Along Kamaluddin dan Nur Sharif. Membariskan pelakon ternama seperti Datuk Adi Putra, Nur Fazura, Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Aedy Ashraf dan ramai lagi.


Lelaki ItuEpisod: 30
Tarikh Tayangan: 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Pengarah: Along Kamaluddin & Nur Sharif
Produksi: Rumah Karya Citra

Watak Pelakon
Adi Putra sebagai Mirza
Nur Fazura sebagai Imani
Sarimah sebagai Qaidah
Nabila Huda sebagai Sarina
Hannah Delisha sebagai Batrisya
Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah
Sophia AlBarakbah sebagai Sharifah Bahiyah
Ameerul Asyraf sebagai Imran
Aedy Ashraf


*kredit myinfotaip




Kuala Lumpur: Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima mengakui dia 'fobia' menanti drama terbaru terbitannya, Lelaki Itu ditayangkan di TV3 pada Ramadan ini.Menerusi perkongsian video di Instagram, Erma berkata, dia juga teringat drama Perempuan Itu terbitannya yang pernah mencetuskan kontroversi ketika ditayangkan Ramadan tahun lalu.
"Pada tahun ini, ada dua drama terbitan produksi Rumah Karya Citra akan ditayangkan di TV3 pada bulan puasa dan salah satunya drama Lelaki Itu yang juga dari inspirasi kisah benar.
"Tiap-tiap hari saya berdoa janganlah ada apa-apa kontroversi lagi sebab tak larat nak hadap," katanya yang mengarahkan drama itu bersama Along Kamaludin.
Dalam perkongsiannya lagi, kata Erma, drama Perempuan Itu mengetengahkan isu penyondol sebelum ini dan nampaknya ia sudah menjadi 'trend' kisah penyondol pula baik dalam drama mahupun realiti.
"Kali ini, dalam drama Lelaki Itu, saya petik isu lain yang orang tak pernah buat pun. Tak klise sangatlah tapi 'taboo". Saya pun seram sejuk masa tulis cerita ini."Cuma yang pastinya orang kata, tangan wanita yang menggoncang buaian boleh menggoncang dunia. Tapi buai yang digoncang itu dibeli oleh lelaki, tengok jenislah,"katanya.
Mengenai drama Lelaki Itu lagi, kata Erma, bukan semua lelaki itu nakal dan di sebalik kenakalan setiap manusia itu pasti ada kebaikannya.
"Bila lelaki buat hal, wanita akan salahkan lelaki saja kan, contohnya, lelaki ada 'affair' (skandal) dengan wanita lain, tak boleh bagi nafkah zahir batin."Lelaki kalau dia rasa tak dapat jadi lelaki dalam rumah sendiri, dia akan cari jalan lain nak tunjuk kejantanannya," katanya.Menurut Erma, dalam hal ini, kita perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab, tak kira lelaki atau wanita."Tengoklah drama Lelaki Itu dan belajar dari pengalaman dalam cerita ini di mana apabila seorang manusia tidak ada sifat tanggungjawab akan hancur semuanya."Kadang-kadang bila nak selamatkan diri, kita lupa tanggung-jawab itu," katanya.
Drama ini menampilkan lakonan Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Aedy Ashraf, Hannah Delisha, Nadia Brian, Sophia Albarakbah dan Fadlan Hazim.
Drama sebanyak 30 episod ini akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi Slot Samarinda, TV3 jam 10 malam mulai 19 Mac ini.

pearl.silver Publish time 21-3-2024 10:40 PM

Cerita ni mcm caca marba ek. Ada byk fokus? Dlm iklan tunjuk fokus aedy ashraf ngn hanah delisya.
Mlm ni tgk pasal fazura.
Nadia brian n sofea tu ank sarimah dgn adiputra ke??
Apasal ank (nadia brian) lagi nmpk kertu dari mak?? {:gif_haha:}

So nnt fazura jd bini no2 adiputra bermadu dgn sarimah eh?

Yg pelik2 saja la jln cerita erma fatima ni

eddlisa_uyuk Publish time 22-3-2024 09:15 AM

pearl.silver replied at 21-3-2024 10:40 PM
Cerita ni mcm caca marba ek. Ada byk fokus? Dlm iklan tunjuk fokus aedy ashraf ngn hanah delisya.
M ...

hannah - aedy tu tak keluar lagi
cuma tunjuk si hannah call mak dia, bgth dah pakai tudung

nadia tu jadi anak sarimah mmg macam x kena kan.....




limau_lemon Publish time 22-3-2024 09:39 AM

I nak ulang balik Komen I kt thread lain ..

Iols nk teka sinopsi lelaki itu ...Imani Akan scandal dgn Mirza ..Lepas Tu Mirza pernah kawen senyap2 dgn nabila Huda(tak tau Nama watak dia lg)..sbb Tu aedy tak boleh kawen dgn sya(Hanna).

izzah_mia Publish time 22-3-2024 10:52 AM

macam over plak lakonan sarimah dalam cerita ni tp mgkn karakter kena cmtu kot

MistrezHermanaz Publish time 22-3-2024 12:31 PM

barakbah pun anak cp sarimah ye

rumahbiru Publish time 22-3-2024 01:23 PM

best ke ?

shoyuna Publish time 22-3-2024 01:57 PM

izzah_mia replied at 22-3-2024 10:52 AM
macam over plak lakonan sarimah dalam cerita ni tp mgkn karakter kena cmtu kot

Ingatkan ai sorang je fikir macam tu. Over nawwww;P

Nasib baik cantik. Tapi rasa tak sesuai la she jadi mak pada 3 org anak dara yg dah besar. Nampak macam sisters je:$

shoyuna Publish time 22-3-2024 02:01 PM

Dah lama tak tgk drama melayu ni. Husband imani tu dah macam tarzan terjerit-jerit:mad:

Ai geram tgk Imani dengan lembiknya masih setia kat suami durjana tu:huffy tapi actually ada je kat luar yg hadap situasi macam ni kan.

Sama macam Qaidah tu. Busy memanjang tapi bab laki tak peduli sangat. Betul ke nanti imani kawen dengan mirza?:o

pearl.silver Publish time 22-3-2024 04:01 PM

eddlisa_uyuk replied at 22-3-2024 09:15 AM
hannah - aedy tu tak keluar lagi
cuma tunjuk si hannah call mak dia, bgth dah pakai tudung





Mula2 i tgk nadia n sofea panggil sarimah mummy, ingatkn sarimah tu mak hayamm

:lol:

neve4881 Publish time 23-3-2024 12:40 PM

MistrezHermanaz replied at 22-3-2024 12:31 PM
barakbah pun anak cp sarimah ye

Barakbah anak no 2 x silap..brian anak sulung..HD bungsu

katnissE Publish time 24-3-2024 11:19 AM

shoyuna replied at 22-3-2024 02:01 PM
Dah lama tak tgk drama melayu ni. Husband imani tu dah macam tarzan terjerit-jerit

Ai geram tg ...



Memang ada perempuan kalangan high society yang lagi dominan dari suami dia.
Macam dalam drama ni kan Qaida yang own the businesses. Husband dia run.
Dan perempuan macam ni memang active berpersatuan.
Qaida ni keturunan kaya berbanding Mirza rasanya.

deebiz14 Publish time 25-3-2024 10:19 AM

Baru dapat nengok citer ni kemarin.

Ep1 cam slow sikit. Tapi ok la. Lebih pade citer Mirza, Qairah & Imani dan shubennyer minggu lepas. Citer anak2 blum lagik.

Mmg nnt terscandal terkawen kot si Mirza tu ngan Imani.

Qairah aka cp sarimah tu blakon best tapi annoyingnyer sore sheols. Sesuaila tu ngan karektor.

deebiz14 Publish time 25-3-2024 10:22 AM

neve4881 replied at 23-3-2024 12:40 PM
Barakbah anak no 2 x silap..brian anak sulung..HD bungsu

Memula meols ingat NadiaB tu makcik Peah ker, atau the family's nanny. Tak sesuai nak bermummy2 ngan si CP. Hahahaha






eddlisa_uyuk Publish time 25-3-2024 11:22 AM

pearl.silver replied at 22-3-2024 04:01 PM
Mula2 i tgk nadia n sofea panggil sarimah mummy, ingatkn sarimah tu mak hayamm

;P

eddlisa_uyuk Publish time 25-3-2024 11:24 AM

katnissE replied at 24-3-2024 11:19 AM
Memang ada perempuan kalangan high society yang lagi dominan dari suami dia.
Macam dalam drama n ...

yaa watak sarimah tu nampak sgt macam dictator, dominan laki dia sgt

laki dia diam je...dia leh kata.....muka macam tu je

neve4881 Publish time 25-3-2024 07:11 PM

Rasa cm betul dah khai ni anak mirza dgn nabila..

fezy Publish time 26-3-2024 01:22 AM

neve4881 replied at 25-3-2024 07:11 PM
Rasa cm betul dah khai ni anak mirza dgn nabila..

betullllll.
either khai tu anak luar nikah n 'bapak' khai yg meninggal tu cuma pak sanggup; ATAU
abil n mirza ni kahwin. khai dalm perut, mirza tinggalkan abil nak kawin qaidah.

eh tapi kalau option 2-2 ni, mcm x logik lak timeline. takkan khai n sya (hd) tu jauh sgt beza umur.

neve4881 Publish time 27-3-2024 08:48 AM

adusss ep 6 ni mirza da start mengorak langkah ehhh ;P

eddlisa_uyuk Publish time 29-3-2024 09:25 AM

betul ke tu laki fazura imani??? tgk2 bayar je.....mirza tu semacam je
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: SAMARINDA : LELAKI ITU 10 MLM - ADI PUTRA, FAZURA, CHE PUAN SARIMAH, NABILA HUDA


ADVERTISEMENT