Vellfire Publish time 18-3-2024 05:57 AM

Hafizh, JDT Racing tempa sejarah di ARRC

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hafizh11010_1710671814.jpg

HAFIZH meraikan kejayaannya. FOTO JDT Racing Team
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah dalam dunia sukan permotoran selepas Hafizh Syahrin Abdullah menghadiahkan podium pertama untuk JDT Racing Team di saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.
Pada perlumbaan pembuka tirai dekat Litar Antarabangsa Chang, Thailand itu, Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam kelas ASB1000.
Dengan pengalaman luas dimilikinya termasuk pernah beraksi di MotoGP, ia ternyata memberi kelebihan buat Hafizh mengatur strategi meskipun kali pertama menyertai pelumbaan kelas berkenaan di ARRC.
Hafiz yang menunggang jentera Ducati, bermula di petak ketiga tetapi berjaya memimpin perlumbaan hampir separuh daripada 13 pusingan sebelum pelumba Indonesia yang mewakili Honda Dream Asia Racing Team, Andi Farid Izdihar memotongnya sekali gus memimpin saingan sehingga tamat perlumbaan.
Rakan sepasukan Andi, Nakarin Atiratphuvapat dari Thailand pula hampir meragut podium kedua milik Hafizh di garisan penamat, namun semakan 'photo finish' menyaksikan pelumba negara itu kekal memenangi podium kedua.
Biarpun tidak berjaya muncul juara, namun ia satu permulaan yang cukup positif buat Hafizh selepas berhadapan dengan masalah jentera seawal pusingan pertama pada perlumbaan pertama semalam, sekali gus gagal menamatkan perlumbaan.
Sementara itu, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili TKKR Racing Team tidak berjaya mengulangi kejayaan memenangi perlumbaan pertama semalam selepas menamatkan perlumbaan hari ini di tempat kelima.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/03/1071100/hafizh-jdt-racing-tempa-sejarah-di-arrc
Pages: [1]
View full version: Hafizh, JDT Racing tempa sejarah di ARRC


ADVERTISEMENT