Vellfire Publish time 18-3-2024 05:52 AM

Polis sahkan punca kematian bayi, jenazah sudah dituntut keluarga

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bayi_hiasan_1710678159.jpg

GAMBAR hiasan
Johor Bahru: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai, semalam akibat luka kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak juga berkata, jenazah bayi lelaki itu sudah dituntut bapanya pada 3.30 petang tadi untuk urusan pengebumian.
"Bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) mengesahkan kematian akibat luka kelar di leher. Mangsa maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut memaklumkan sudah memanggiljiran suspek untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071109/polis-sahkan-punca-kematian-bayi-jenazah-sudah-dituntut-keluarga
Pages: [1]
View full version: Polis sahkan punca kematian bayi, jenazah sudah dituntut keluarga


ADVERTISEMENT