Vellfire Publish time 18-3-2024 05:39 AM

Keutamaan naik taraf Lapangan Terbang Miri legakan peniaga

Lee dedahkan perkara itu sebagai menjawab seruan MCCCI berhubung aspek pembangunan Miri
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/myy-ub170324-cc-pengangkutan-p1.jpeg

Ling (kiri) menyampaikan sijil kepada Lee sambil disaksikan tetamu jemputan dan ahli-ahli MCCCI yang lain hari ini.
Oleh Clare Cinderella
MIRI: Masyarakat peniaga dan usahawan di sini menarik nafas lega dengan jaminan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke bahawa projek cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri (LTM) akan diberi keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mendedahkan perkara itu sebagai menjawab seruan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) berhubung aspek pembangunan Miri.
Cadangan menaik taraf LTM itu sebelum ini sentiasa terpinggir sejak 2018 atas pelbagai sebab.
“Saya telah berulang kali menghubungi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT), membincangkan isu ini dengan menterinya dan beliau juga telah memberi kata-kata bahawa apabila keadaan kewangan mengizinkan dan ia akan dimasukkan ke dalam RMK12.
“Saya tahu penantian itu mengecewakan, terutama apabila projek itu pada mulanya diluluskan semula semasa Menteri Pengangkutan Dato Sri Liow Tiong Lai namun selepas pertukaran kerajaan, ia mengubah segala-galanya.
"Diharap ia akan berlaku tidak lama lagi,” kata Lee.
Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan (AGM) MCCCI di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi MCCCI Ling Chiong Sing dalam ucapan alu-aluannya semasa mempengerusikan AGM tersebut turut menyeru kerajaan negeri melaksanakan pembangunan pejabat lama Residen Miri dengan segera.
“Bangunan yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Majlis Bandaraya Miri lama di Jalan Kingsway telah lama kosong dan rosak teruk.
"Kami berharap kerajaan mempunyai rancangan jangka panjang untuk pembangunan kawasan itu bagi mengelak kawasan itu dibiarkan reput,” kata Ling sambil menambah bahawa memberi tarikan baharu kepada kawasan yang terletak di tengah pusat bandar itu dapat meningkatkan industri pelancongan Miri.
Pada AGM tersebut, satu majlis ringkas diadakan khusus untuk pemegang jawatan baharu yang disaksikan bersama oleh Lee, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Datuk Sebastian Ting dan ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Adam Yii.
Ling mengetuai jawatankuasa baharu untuk penggal kedua bagi tempoh 2024-2026 selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan akhir tahun lalu.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/keutamaan-naik-taraf-lapangan-terbang-miri-legakan-peniaga
Pages: [1]
View full version: Keutamaan naik taraf Lapangan Terbang Miri legakan peniaga


ADVERTISEMENT