Vellfire Publish time 18-3-2024 05:35 AM

Pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera terbabas

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/btu-ub170324-ai-cederakemalagan-p3.jpg

Mangsa yang mengalami kecederaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba hari ini.
BINTULU: Seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan roda mengalami kecederaan apabila kenderaan dipandunya kemalangan di Jalan Bukit Orang di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pemandu berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.36 tengah hari dan pasukan bomba terus bergegas ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
"Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah pacuan empat terlibat kemalangan dan seorang mangsa cedera di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menstabilkan kenderaan mangsa dan menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang seterusnya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.
Katanya, setelah keadaan selamat, pasukan bomba balik semula ke balai.
Punca kejadian kemalangan dalam siasatan pihak polis.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/pemandu-kenderaan-pacuan-empat-roda-cedera-terbabas
Pages: [1]
View full version: Pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera terbabas


ADVERTISEMENT