Vellfire Publish time 18-3-2024 05:34 AM

Tiga pemandu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/kch-ub170324-hs-mabuk-p1b.jpg

Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas pemandu semasa operasi terbabit dijalankan. - Gambar JSPT Sarawak
KOTA SAMARAHAN: Polis menahan tiga pemandu yang didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Kuching-Samarahan di sini, Jumaat lalu.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kota Samarahan melakukan tangkapan itu semasa Ops Mabuk yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Tindakan awal terhadap suspek, ketiga-tiga individu itu telah disaring menggunakan alat SDII+.
"Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II didapati tiga pemandu tersebut positif kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan.
Kesalahan ini katanya, termaktub di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Akta tersebut memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun," tambahnya.JSPT Sarawak mengingatkan pemandu agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berkaitan isu pemandu mabuk.
"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi sekiranya didapati memandu dalam pengaruh alkohol.
“Ops Mabuk juga sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras pemandu mabuk di jalan raya untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain ketika memandu di jalan raya,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/tiga-pemandu-didapati-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol-ditahan
Pages: [1]
View full version: Tiga pemandu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan


ADVERTISEMENT