Vellfire Publish time 18-3-2024 05:33 AM

Litar pintas hampir cetus kebakaran di flat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/srk-ub170324-ks-terbakar-2.jpg

Kebakaran suis utama mengejutkan penduduk sebuah flat di Jalan Muhibah, Bintangor hari ini.
BINTANGOR: Penduduk di sebuah flat di Jalan Muhibah dekat sini, berdepan detik mencemaskan apabila suis utama di tingkat bawah tiba-tiba terbakar hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.45 tengah hari.
"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera pemadam telah dikerahkan ke lokasi tersebut yang terletak dua kilometer dari balai.
"Ketika sampai di lokasi tersebut, pasukan bomba telah dimaklumkan berlakunya kebakaran pada suis utama di flat terbabit.
"Namun demikian, kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan oleh penghuni flat tersebut menggunakan alat pemadam api," kata Nicholas kepada media hari ini.
Tindakan pantas penghuni flat memadam kebakaran tersebut telah berjaya menghalang api dari merebak ke lokasi lain.
Menurut Nicholas, pasukan bomba telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan rapi di lokasi kebakaran dan memastikan tiada risiko kebakaran.
"Pihak SESCO turut dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan sejurus pemantauan selesai dilakukan, pasukan bomba terbabit bertolak balik ke balai," ujar Nicholas.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/litar-pintas-hampir-cetus-kebakaran-di-flat
Pages: [1]
View full version: Litar pintas hampir cetus kebakaran di flat


ADVERTISEMENT