Vellfire Publish time 18-3-2024 05:31 AM

Jawatankuasa Bencana Bahagian Miri diarah pantau aktiviti pembakaran terbuka

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/pembakaranterbukabernamahiasan.jpg

Gambar hiasan
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Jawatankuasa Bencana Bahagian Miri telah diarah memantau rapat sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelak insiden lebih serius berlaku.
"Saya telah menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri untuk memantau rapat sebarang kebakaran belukar atau kebakaran terbuka di bahagian ini.
"Zon utara ketika ini mengalami cuaca yang kering dan kemarau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran daripada beliau dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu di sebuah masjid di Spaoh, Betong semalam.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menambah, sebarang kejadian kebakaran belukar atau kebakaran terbuka jika tidak dikawal boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu.
Jerebu boleh membahayakan kesihatan semua khususnya golongan berisiko tinggi, katanya.
"Oleh itu saya berharap semua pihak akan bekerjasama untuk manfaat bersama. Sekarang kita sudah ada teknologi bagi memantau situasi.
"NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar) misalnya boleh menggunakan dron untuk mengenal pasti lokasi (kejadian)," katanya.
Beliau menambah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan pasukan bomba sukarela lain juga boleh memainkan peranan membantu memadamkan api.
"Jika semua pihak termasuk petani dan orang ramai memberi kerjasama penuh, kejadian jerebu boleh dielakkan daripada berlaku," ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/jawatankuasa-bencana-bahagian-miri-diarah-pantau-aktiviti-pembakaran-terbuka-uggah
Pages: [1]
View full version: Jawatankuasa Bencana Bahagian Miri diarah pantau aktiviti pembakaran terbuka


ADVERTISEMENT