Vellfire Publish time 18-3-2024 05:30 AM

Kemudahan Makam Pahlawan Iban, Rentap wajar dinaik taraf

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/srk-ub170324-ks-ekspedisi-p2.jpg

Edwin (duduk, tiga kiri) bersama rombongan ekspedisi melakukan upacara 'miring' bagi memohon berkat terhadap program dijalankan.
SARIKEI: Kemudahan infrastruktur merangkumi jalan raya dan persekitaran Makam Pahlawan Iban, Rentap di Bukit Sibau Wak, Pakan wajar dinaik taraf.
Pengerusi Pengelola Program Jelajah Makam Pahlawan Iban Rentap, Edwin Bandang berkata langkah ini amat penting sebagai salah satu cara menghargai pahlawan terbabit.
"Kita sebagai penduduk di kawasan ini amat berharap agar jalan utama menuju ke makam itu dinaik taraf kerana pada masa kini jalan ke tempat bersejarah ini masih jalan batu.
"Kita percaya jika jalan ke makam ini selesa dan dinaik taraf ia mampu menarik lebih ramai pengunjung ke makam ini untuk melihat sendiri tapak bersejarah ini, terutama pejuang Iban terkenal ini menggadai nyawa mempertahankan tanah air daripada penjajah.
"Makam ini adalah satu ikon terkenal di kawasan ini dan juga mampu menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung dari luar datang ke sini dan sekali gus mempromosikan sektor ekopelancongan di kawasan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Ekspedisi Lumbung Rentap di Bukit Sibau, Pakan anjuran SEBERKAS Pakan, hari ini.
Menurut Edwin, kawasan di persekitaran makam juga perlu dijaga dan dipulihara dengan baik oleh semua pihak.
Katanya, usaha seumpama ini merupakan sebahagian daripada cara dalam menghargai dan mengenang jasa pahlawan ini.
"Selain itu, sebagai langkah sampingan terhadap usaha ini kita berharap rumah panjang lama iaitu Rumah Rachak Padang di Nyalak Ladong diangkat menjadi tempat inap desa kawasan ini.
"Rumah ini amat sesuai dijadikan sebagai inap desa kerana ini mempunyai ciri-ciri tradisional rumah panjang masyarakat Iban dahulu.
"Kita yakin gabungan ini mampu menarik lebih ramai pengunjung dari luar datang ke Pakan dan mampu menjadi platform kepada masyarakat di sini meningkatkan taraf ekonomi," jelasnya.
Seramai 327 orang menyertai ekspedisi itu.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/kemudahan-makam-pahlawan-iban-rentap-wajar-dinaik-taraf
Pages: [1]
View full version: Kemudahan Makam Pahlawan Iban, Rentap wajar dinaik taraf


ADVERTISEMENT