Vellfire Publish time 18-3-2024 05:27 AM

Bomba Sarikei tangani laporan tanah runtuh di Selalang

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/srk-ub170324-ks-runtuh-1.jpg

Keadaan tanah runtuh di bahagian tepi jalan menuju ke Rumah Mudan Jagan, Kerubong, Selalang semalam.
SARIKEI: Satu laporan kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Selalang dekat sini, telah diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.
Ketuanya Mahmudin Narudin berkata, pihaknya telah menerima laporan tersebut pada jam 5.05 petang semalam.
"Sejurus menerima laporan tersebut, dua anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi tersebut di Rumah Mudan Jagan, Kerubong, Selalang.
"Ketika sampai di lokasi tersebut, pasukan bomba mendapati tanah runtuh tersebut telah berlaku di bahagian tepi jalan menuju ke rumah panjang berkenaan.
"Kejadian ini dipercayai akibat hujan lebat yang turun beberapa hari di kawasan ini," kata Mahmudin kepada media hari ini.
Berdasarkan situasi tersebut kata Mahmudin, anggota bomba telah bertindak memasang tali sawar-sawar di lokasi tanah runtuh tersebut sebagai tanda peringatan kepada penduduk.
Menurut Mahmudin, anggota bomba turut mengingatkan penduduk yang melalui lokasi tersebut agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
"Tanah runtuh yang berlaku ini agak jauh dari rumah kediaman penduduk, namun demikian pihak bomba telah menasihati penduduk agar memaklumkan kepada pihak bomba jika berlaku runtuhan baharu.
"Hasil pemantuan dan pemeriksaan tersebut juga, pihak bomba mendapati struktur tanah di kawasan runtuh berada dalam keadaan yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh lagi, terutama apabila hujan lebat," ujar Mahmudin.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/bomba-sarikei-tangani-laporan-tanah-runtuh-di-selalang
Pages: [1]
View full version: Bomba Sarikei tangani laporan tanah runtuh di Selalang


ADVERTISEMENT