Vellfire Publish time 18-3-2024 05:23 AM

Program Jualan Rahmah Bergerak di Luak dapat sambutan menggalakkan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/myy-ub170324-mn-jualanrahmah-p1.jpg

Chua menemani Lukanisman memantau harga barangan keperluan asas sempena PJRB di Padang Bola Keranjang, Ocean Park, Luak semalam.
MIRI: Program Jualan Rahmah Bergerak (PJRB) yang berlangsung di Padang Bola Keranjang, Ocean Park, Luak dekat sini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri berkata, program yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang itu adalah hasil kerjasama dengan rakan strategik.
"Penduduk setempat kini berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas bulan Ramadan ini pada harga lebih rendah iaitu pengurangan harga antara 10 peratus hingga 30 peratus tanpa perlu ke kedai.
"Terima kasih kepada rakan strategik yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.218 Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni.
Beliau turut meninjau keadaan program dan mengambil kesempatan beramah mesra dengan para pengunjung.
PJRB salah satu model pelaksanaan Jualan Rahmah di mana rakan strategik akan membawa barangan keperluan asas ke kawasan komuniti tertentu.
Kali ini PJRB telah diadakan di kawasan Parlimen Sibuti dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang awam.
Turut hadir ialah Ketua Cawangan KPDN Miri Thomas Chua.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/program-jualan-rahmah-bergerak-di-luak-dapat-sambutan-menggalakkan
Pages: [1]
View full version: Program Jualan Rahmah Bergerak di Luak dapat sambutan menggalakkan


ADVERTISEMENT