sfhzuraz Publish time 17-3-2024 10:03 PM

Meninggal dunia ketika kuliah subuh di masjid

Meninggal dunia ketika kuliah subuh di masjid


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm286kadir_1710666212.jpg
YAHYA Kadir meninggal dunia ketika sedang mengikuti pengajian kuliah subuh di masjid Negeri Arau. FOTO ihsan pembaca



Arau: Bekas Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perlis meninggal dunia ketika mengikuti kuliah subuh di Masjid Negeri, di sini hari ini.
Yahya Kadir, 65, tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri ketika kuliah berlangsung selepas solat Subuh.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Asisten Superitendan Mohd Norzuki Husain berkata, kejadian dilapor pada 7.10 pagi.
"Saya difahamkan Yahya bukan ahli kariah masjid itu, namun tetap hadir jika ada program kuliah yang dianjurkan pihak pentadbiran masjid.
"Ketika sedang duduk mendengar kuliah, dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Jemaah masjid cuba membantu namun tiada tindak balas," katanya di sini, hari ini.
Katanya, pihak masjid menghubungi ambulans dan arwah disahkan meninggal dunia oleh paramedik bertugas.
"Pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, namun rekod kesihatan menunjukkan dia adalah pesakit diabetes dan darah tinggi," katanya.
Jenazah sudah dituntut keluarga dikebumikan di Tambun Tulang. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).


Disiarkan pada: Mac 17, 2024 @ 5:03pm


Meninggal dunia ketika kuliah subuh di masjid (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Meninggal dunia ketika kuliah subuh di masjid


ADVERTISEMENT