Vellfire Publish time 17-3-2024 09:14 PM

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sibu mulai 10 malam ini

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/paip.jpg

Gambar hiasan
SIBU: Beberapa kawasan di sini akan mengalami gangguan bekalan air mulai jam 10 malam ini.
Lembaga Air Sibu (LAS) berkata, ia susulan dari kerja-kerja membaik pulih paip pecah di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce /Jalan Tunku Abdul Rahman.
"Kerja-kerja baik pulihnya dijangka mengambil masa 12 jam. Terdapat kebocoran melibatkan paip utama jenis 'Mild Steel' yang berdiameter 450mm yang telah mengalami kebocoran akibat tanah mendap.
"Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerjanya akan ditangguhkan ke hari berikutnya pada masa yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
LAS berkata, kawasan terjejas adalah Lorong Tun Ahmad Zaidi Adruce 60, Jalan Tunku Abdul Rahman (Lorong Tunku Abdul Rahman 42, Rh Sebastian, Jalan Raffelsia, Jalan Jade Villa, Taman Azalea, Taman Sanhill, Lapangan Terbang Sibu and Eco Garden), dan Batu 13 Jalan Ulu Oya hingga Jalan Sibintek (termasuk stesen pam penggalak Batu 13 LAS, Kem Tentera Batu 14 dan stesen pam penggalak Batu 19 LAS).
Kawasan lain yang turut terjejas katanya, termasuk Sibu Jaya, sepanjang Jalan Durin Link ke Jambatan Durin, Jalan Nibong Tada (termasuk stesen penggalak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Nibong Tada), Taman Kemuyang, Kem Rascom, dan Rh Nari hingga persimpangan trafik Sibu/Bintulu.
"Kami memberi jaminan bahawa kontraktornya akan berusaha untuk menyiapkan kerja secepat mungkin," tambahnya lagi.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/gangguan-bekalan-air-di-beberapa-kawasan-di-sibu-mulai-10-malam-ini
Pages: [1]
View full version: Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sibu mulai 10 malam ini


ADVERTISEMENT