Vellfire Publish time 17-3-2024 09:08 PM

Kg Matanoi, Kg Liau ulu terima penghantaran bekalan air

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240317/airliauulu1w.jpg

TURUN PADANG: Robert bersama-sama dalam misi penghantaran bekalan air di Kg Liau Ulu yang terputus bekalan air graviti akibat kemarau.
KENINGAU: Dua kampung iaitu Kampung Matanoi dan Kampung Liau Ulu yang berdepan krisis terputus bekalan air mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik.
Kedua-dua kampung yang terjejas dengan bekalan air akibat kemarau menerima bantuan penghantaran air yang digerakkan menggunakan lori tangki air daripada Majlis Daerah Keningau.
Semasa penghantaran bekalan air bersih ke Kg Liau Ulu, wakil rakyat Bingkor (Robert) turut serta dalam misi berkenaan bagi memastikan bekalan dihantar dan diagih segera ekoran aduan yang diterima.
Robert ketika ditemui berharap para penduduk yang terjejas dapat bersabar dengan situasi itu kerana perkara yang berlaku itu diluar daripada kawalan berikutan faktor cuaca kemarau sehingga menyebabkan paras air anak sungai semakin menyusut.
Mewakili penduduk kampung Liau Ulu, ketua kampungnya, Eling Ambagu mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Robert atas tindakan pantas beliau dalam menghantar bekalan air bersih setelah menyalurkan aduan berkenaan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/17/kg-matanoi-kg-liau-ulu-terima-penghantaran-bekalan-air
Pages: [1]
View full version: Kg Matanoi, Kg Liau ulu terima penghantaran bekalan air


ADVERTISEMENT