Vellfire Publish time 17-3-2024 08:11 PM

PKR tuntut layanan adil kepada 190 pekerja Projek Hidroelektik Baleh ditamat perkhidmatan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/kch-ub160324-at-baleh-p1.jpg

Ketua PKR Cawangan Kapit Khusyairy Pangkas (gambar) berkata, meskipun penamatan perkhidmatan pekerja ini adalah prerogatif syarikat, namun ia perlu mematuhi Ordinan Buruh Sarawak.
"Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pekerja terjejas, kontrak kontraktor utama (Gezhouba Engineering (Malaysia) Sdn Bhd) telah ditamatkan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).
"Penamatan ini telah menjejaskan mata pencarian pekerja yang terjejas dan keluarga mereka.
"Sehubungan itu, PKR Sarawak berharap pekerja yang ditamatkan perkhidmatan ini diberi layanan yang adil sekiranya tidak ditawarkan pekerjaan oleh majikan baharu yang akan mengambil alih projek tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Khusyairy yang juga Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia PKR Sarawak menambah, PKR Sarawak akan terus memantau isu pekerjaan di Sarawak dan terus memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.
Beliau turut menasihatkan pekerja terjejas untuk merujuk dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia berhubung tuntutan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang menyediakan bantuan kewangan sementara sehingga enam bulan untuk setiap pekerja yang diberhentikan.
Dalam pada itu mengikut notis bertarikh 29 Februari 2024, Gezhouba Engineering (Malaysia) Sdn Bhd memaklumkan kepada semua pekerjanya bahawa syarikat tidak lagi meneruskan Projek Hidroelektrik Baleh dengan SEB.
Notis tersebut katanya akan tamat pada 29 Mac 2024 yang akan menjadi hari terakhir perkhidmatan pekerjanya dengan Gezhouba Engineering (Malaysia) Sdn Bhd.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/pkr-tuntut-layanan-adil-kepada-190-pekerja-projek-hidroelektik-baleh-ditamat-perkhidmatan
Pages: [1]
View full version: PKR tuntut layanan adil kepada 190 pekerja Projek Hidroelektik Baleh ditamat perkhidmatan


ADVERTISEMENT