Vellfire Publish time 17-3-2024 08:07 PM

PPM W5 rampas rokok tiada label cukai kastam, tahan lelaki di Miri

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/whatsappimage2024-03-16at150507.jpeg

Komander PPM W5, Ab Rahman Mat Hasan (gambar sisipan). Lori yang membawa muatan rokok tanpa label cukai kastam ditahan oleh PPM W5.
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis rokok yang disyaki tiada label cukai kastam selepas menahan sebuah lori di Miri, pada Khamis.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 ACP Ab Rahman Mat Hasan berkata, lori terbabit ditahan semasa Unit Risikan Marin (URM) PPM W5 menjalankan Ops Taring Kontraban sekitar jam 8.15 malam.
Menurutnya, dalam operasi itu, polis menahan dan memeriksa sebuah lori di tepi Jalan Miri Bypass berhadapan Tamu Malah Dau, Miri.
"Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut disyaki membawa muatan pelbagai jenis rokok berjenama yang tiada label pelekat cukai kastam.
"Polis merampas 65 kotak rokok putih Era Luxury Red, 45 kotak rokok putih Era Luxury Menthol dan sebuah lori yang digunakan membawa barangan terbabit," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Rahman menambah, jumlah keseluruhan rampasan berkenaan dianggarkan RM2.05 juta.
Menurutnya, seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/ppm-w5-rampas-rokok-tiada-label-cukai-kastam-tahan-lelaki-di-miri
Pages: [1]
View full version: PPM W5 rampas rokok tiada label cukai kastam, tahan lelaki di Miri


ADVERTISEMENT