Vellfire Publish time 17-3-2024 07:25 PM

Murid SJKC Chung Hua Simanggang ikuti ceramah, demonstrasi padam kebakaran

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/whatsappimage2024-03-16at140605.jpeg

Seorang anggota BBP Sri Aman menyampaikan ceramah di hadapan murid-murid di SJKC Chung Hua Simanggang.
SRI AMAN: Seramai 872 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Simanggang menyertai ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi pemadaman kebakaran anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, pada Jumaat.
Program yang diadakan di Stadium Lau Ngee Mung sekolah berkenaan itu dihadiri murid-murid taska, kelas pendidikan khas, darjah satu hingga darjah enam serta melibatkan seramai 60 guru serta kakitangan sokongan sekolah.
Objektif utama program itu adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada murid sekolah itu berkenaan langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku situasi kecemasan yang melibatkan insiden kebakaran.
Selain itu, memberi pendidikan kepada murid dan guru tentang penggunaan alat pemadam api sekiranya berdepan dengan situasi kebakaran.
Pada sesi ceramah berkenaan, murid dan guru turut didedahkan dengan Tatacara Pengosongan Bangunan sekiranya berlaku kebakaran, Pengenalan dan Penggunaan Alat Pemadam Api (Teori) dan Demonstrasi Pemadaman Menggunakan Alat Pemadam Api (Konsep PASS).
Terdahulu, sesi demonstasi memadam api menggunakan alat pemadam api dikendalikan oleh dua pegawai dari BBP Sri Aman.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/murid-sjkc-chung-hua-simanggang-ikuti-ceramah-demonstrasi-padam-kebakaran
Pages: [1]
View full version: Murid SJKC Chung Hua Simanggang ikuti ceramah, demonstrasi padam kebakaran


ADVERTISEMENT