Vellfire Publish time 17-3-2024 07:23 PM

Jualan barangan makanan bersubsidi di Pasar Raya Medan dapat sambutan hebat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/sbw-ub160324-rj-subsidi-p1.jpg

Orang ramai beratur untuk mendaftar bagi mendapatkan barangan yang ditawarkan dengan harga subsidi di Pasar Raya Medan, Jalan Wawasan.
SIBU: Aktiviti jualan barangan makanan bersubsidi khas anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu di Pasar Raya Medan, Jalan Wawasan hari ini menerima sambutan yang amat baik.
Meskipun program hanya bermula jam 11.30 pagi, namun orang ramai telah mula beratur seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan set barangan makanan yang dijual dengan harga subsidi.
Sebanyak 1,000 set barangan makanan telah disediakan dengan setiap set dijual dengan harga RM30, berbanding harga asal RM48.05 selepas diberi subsidi sebanyak 32 peratus.
Barangan makanan yang ditawarkan kali ini termasuklah beras putih jenama Mei Mei 5kg, kicap manis jenama ABC 135ml, 30 biji telur Gred B, Nestum Cereal Original 220g, jagung manis dalam tin jenama STK, 5 bungkus mi segera dan gula 1kg.
Aktiviti subsidi khas barangan makanan ini yang dianjurkan di pelbagai lokasi atau pasar raya di sini telah memberi banyak manfaat terutama dalam meringankan beban orang ramai berikutan kenaikan harga barangan.
Hadir memantau aktiviti pagi tadi ialah penolong Ahli Parlimen Sibu Wong Pak Kee.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/jualan-barangan-makanan-bersubsidi-di-pasar-raya-medan-dapat-sambutan-hebat
Pages: [1]
View full version: Jualan barangan makanan bersubsidi di Pasar Raya Medan dapat sambutan hebat


ADVERTISEMENT