Vellfire Publish time 17-3-2024 07:21 PM

KPDN Limbang laksana Ops Pantau, pastikan peniaga tak ambil kesempatan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/lbg-ub-160324-dm-opspantau1.jpg

HAZWAN
LIMBANG: Ops Pantau yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)Bahagian Limbang bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga tidak munasabah khususnya di bazar Ramadan tahun ini.
Ketua KPDN Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata Ops Pantau dilaksanakan di bazar Ramadan sejak 12 Mac lepas.
Katanya selain itu lokasi tumpuan Ops Pantau adalah di kawasan tumpuan orang ramai termasuk bazar Aidilfitri dengan menguatkuasakanperaturan timbang dan sukat, penandaan harga dan jualan murah.
“KPDN Limbang melalui bahagian penguatkuasaan, kita ada menguatkuasakan Ops Pantau yang merangkumi semuaundang-undang yang dikuatkuasakan.
“Kita lebih fokus kepada barangan yang perlu, iaitu tepung, gula dan juga minyak masak bagi mengelak peniaga ambil kesempatan,” katanya ketika ditemui media Sempena Sambutan Hari Hak-Hak PenggunaSedunia 2024 di Limbang pada Jumaat.
Jelasnya, pada setiap 15 Mac merupakan Hari Hak Pengguna Sedunia setiap tahun yang disambut di seluruh dunia.
Katanya, KPDN akan terus mendidik, membentuk dan meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan kepenggunaan khususnya tentang hak-hak pengguna.
Jelasnya masyarakat di Limbang kini semakin tahu dan sedar tentang hak mereka sebagai pengguna sebagaimana yang dipaparkan dalam laman sosial dan bijak menyalurkann aduan mengikut saluran yang tepat.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/kpdn-limbang-laksana-ops-pantau-pastikan-peniaga-tak-ambil-kesempatan
Pages: [1]
View full version: KPDN Limbang laksana Ops Pantau, pastikan peniaga tak ambil kesempatan


ADVERTISEMENT