Vellfire Publish time 17-3-2024 07:14 PM

Masyarakat Dayak perlu kembangkan, angkat seni budaya tradisi

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/kch-ub160324-at-asadia-p1.jpg

Peserta kelas Ngajat perempuan dan lelaki ASADIA merakamkan gambar kenangan bersama.
KUCHING: Masyarakat Dayak perlu mengembangkan dan mengangkatkan lagi seni budaya tradisi masyarakat mereka sendiri agar tidak hilang ditelan zaman.
Ketua Akademi Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA), Mabong Unggang berkata mengambil contoh seni ‘Belikan’, ramai masyarakat Iban sendiri yang tidak mengetahui akan seni ini.
Nasib baik katanya ada dokumentari mengenai Belikan oleh Tom Harrisson pada tahun 1958 yang dimuatnaik dalam laman YouTube pada 2014 bertajuk The History of Borneo.
“ASADIA mempelajari cara membuat Belikan daripada YouTube tersebut dan kini terdapat 10 orang yang tahu memainkan melodi Belikan,” katanya dalam kenyataan.
Sebab itu kata Mabong, masyarakat Iban jangan pernah merasa jemu untuk mengembangkan lagi keseniaan mereka sendiri.
Untuk tahun ini kata Mabong, ASADIA akan meneruskan lagi penganjuran kelas kebudayaannya bagi seni Ngajat, Sape dan Belikan.
Turut akan dianjurkan kelas Betabuh, Bepantun, Kuntau dan Leka Main menerusi platform dalam talian.
Bagi kelas Ngajat yang memasuki siri ke-17 katanya, ia disertai seramai 19 peserta perempuan dan tujuh peserta lelaki.
Manakala kelas Sape dan Belikan disertai seramai 5 peserta dan Mabong berharap peserta yang telah menguasai kemahiran seni ini akan membuka kelas mereka sendiri dalam usaha mengembangkan lagi seni Iban.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/masyarakat-dayak-perlu-kembangkan-angkat-seni-budaya-tradisi
Pages: [1]
View full version: Masyarakat Dayak perlu kembangkan, angkat seni budaya tradisi


ADVERTISEMENT