Vellfire Publish time 17-3-2024 07:12 PM

Mujur pekerja pantas padamkan kebakaran libatkan mesin penyejuk

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/kch-ub160324-hs-kedaiterbakar-p1.jpg

Bomba tiba di lokasi kejadian bagi membantu memantau keadaan.
KUCHING: Tindakan pantas pekerja berjaya memadam kebakaran yang melibatkan sebuah mesin penyejuk di sebuah premis, di sini pada Jumaat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7:19 malam.
Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bergegas ke lokasi.
"Setiba di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah mesin penyejuk di premis berkenaan.
"Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pekerja menggunakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Jelasnya, anggota bomba bertindak melakukan baik pulih keadaan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari pam jentera.
"Setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api, pasukan seterusnya balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 7:54 malam," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/mujur-pekerja-pantas-padamkan-kebakaran-libatkan-mesin-penyejuk
Pages: [1]
View full version: Mujur pekerja pantas padamkan kebakaran libatkan mesin penyejuk


ADVERTISEMENT