Vellfire Publish time 17-3-2024 06:04 PM

Baik pulih paip pecah di Jalan Tunku Abdul Rahman Sibu akan dijalankan dalam masa terdekat

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/sbw-ub160324-wz-las.jpg

Tapak kerja-kerja pembaikpulihan paip pecah berdekatan dengan Stesen Petronas, Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu.
SIBU: Lembaga Air Sibu (LAS) memaklumkan kepada pelanggannya berkenaan persiapan kerja baik pulih paip pecah berdekatan dengan Stesen Petronas, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini akan dijalankan dalam masa terdekat ini.
Menurut kenyataannya, kerja baik pulih ini melibatkan paip utama jenis 'Mild Steel' yang berdiameter 450mm yang telah mengalami kebocoran akibat tanah mendap.
"Bagi memastikan aspek keselamatan dan kecekapan kerja pembaikpulihan, pihak kontraktor LAS kini sedang membuat persediaan bagi melaksanakan kerja pembaikpulihan tersebut dalam masa terdekat.
"Sebagai langkah persediaan oleh para pelanggan LAS, notis gangguan bekalan air kawasan yang terjejas akan diumumkan dua hari lebih awal sebelum kerja pembaikpulihan dijalankan melalui laman web rasmi LAS, Facebook, saluran Telegram, dan juga menerusi kenyataan akhbar tempatan," katanya pada malam Jumaat.
Justeru, LAS amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai semasa pelaksanaan kerja pembaikpulihan tersebut dan berharap akan membantu pelanggan LAS yang terjejas nanti untuk membuat persediaan yang diperlukan.
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi LAS di talian 013-8106311.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/baik-pulih-paip-pecah-di-jalan-tunku-abdul-rahman-sibu-akan-dijalankan-dalam-masa
Pages: [1]
View full version: Baik pulih paip pecah di Jalan Tunku Abdul Rahman Sibu akan dijalankan dalam masa terdekat


ADVERTISEMENT