Vellfire Publish time 17-3-2024 06:01 PM

Tun Wan Junaidi dan isteri santuni 91 anak-anak yatim

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/kch-ub160324-mm-tytsedc-p1.jpg

Tun Dr Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi semasa Majlis Berbuka Puasa di Hotel Grand Margarita. Turut kelihatan, dari kiri, Abdul Hadi, Abdul Aziz serta tetamu kehormat lain. -Gambar UKAS
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni 91 anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Hotel Grand Margherita di sini, petang Jumaat.
Anak-anak yatim yang terlibat ialah penghuni dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching dan Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman.
Pada majlis itu, Tun Wan Junaidi dan isteri menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim terbabit bagi mereka memenuhi keperluan Ramadan masing-masing.
Ia adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi memberi keceriaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.
Ini termasuk kanak-kanak yang berteduh di bawah Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching dan Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman.
Selepas menyerahkan sumbangan, majlis diteruskan dengan menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.
Hadir sama, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Dato Husain, Pengurus Besar SEDC Datu Abdul Hadi Abdul Kadir, kakitangan SEDC serta tetamu jemputan yang lain.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/tun-wan-junaidi-dan-isteri-santuni-91-anak-anak-yatim
Pages: [1]
View full version: Tun Wan Junaidi dan isteri santuni 91 anak-anak yatim


ADVERTISEMENT