Vellfire Publish time 17-3-2024 05:56 PM

KTCB peruntuk RM200,00 untuk program shopping raya di 10 lokasi seluruh Sabah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/img1202.jpeg

GEMBIRA: Dexter merakamkan gambar bersama semasa Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di sini.
TAWAU : Syarikat korporat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTCB) satu-satunya syarikat swasta tunggal yang terlibat dalam aktiviti sepanjang Bulan Ramadan tahun ini dan bergerak dalam satu program berskala besar di seluruh negeri.
Beberapa slot program yang terdapat dalam jadual Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah itu turut menggariskan satu lagi program lain iaitu Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan dalam siri jelajah ini.
Ketua Pengarah Eksekutif KTCB, Datuk Dexter Lau berkata, pihaknya sudah menyusun atur jadual jelajah yang bermula pada 14 Mac lalu di Parlimen Kalabakan dimana Merotai Besar menjadi lokasi persinggahan pertama dan Parlimen Tawau sebagai lokasi kedua.
"Syarikat memperuntukkan RM1 Juta bagi menjayakan Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah kali ini termasuklah RM200 Ribu untuk Program Shopping Raya Bersama Anak Yatim dan Golongan Asnaf di 10 lokasi persinggahan.
“Memang ia satu jumlah yang sangat besar (RM1 Juta) tetapi saya anggap sebagai pulangan semula atau hasil keuntungan syarikat yang dikembalikan semula kepada pelanggan yang selama ini menyokong produk keluaran syarikat," katanya.
Menurutnya, idea sebegini tercetus pada suatu ketika dahulu di mana KTCB buat pertama kalinya menerima jemputan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) untuk menjadi penyumbang berupa ribuan buku roti berjenama Gardenia kepada beberapa buah lokasi dan masjid seluruh Sabah.
"Permulaan ini membuatkan kami sangat terhutang budi kepada USIA Sabah kerana membuka peluang kepada kami untuk terus melaksanakan CSR sehinggalah ke saat ini," katanya.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dengan kerjasama Pengarah UPPM Negeri Datuk Awang Kadin Tang dan seluruh pegawaiUPPM yang terlibat Jelajah Iftar Ramadan Al-Mubarak KTCB-UPPM Negeri Sabah akan disambung pada Sabtu di Semporna manakala Ahad ini di Lahad Datu.
Jelajah ini melibatkan 25 lokasi mengikut jumlah kawasan Parlimen di Sabah dan akan berlangsung selama 25 hari termasuklah di kawasan Pantai Timur Sabah, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan, Pedalaman Bawah dan Zon Pedalaman Atas.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/ktcb-peruntuk-rm20000-untuk-program-shopping-raya-di-10-lokasi-seluruh-sabah
Pages: [1]
View full version: KTCB peruntuk RM200,00 untuk program shopping raya di 10 lokasi seluruh Sabah


ADVERTISEMENT