Vellfire Publish time 17-3-2024 05:55 PM

Pemandu selamat, kenderaan jatuh gaung 25 meter

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/7b4a00ed-f5cb-45f5-9b65-6dc9d5c748e4.jpeg

SELAMAT: Pemandu terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam gaung.
TENOM: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter di Kampung Lagud, Jalan Tenom - Keningau, di sini.
Mujurlah, lelaki berumur lingkungan 50 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 9.59 pagi.
Katanya, sepasukan anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda terbabas sendiri ke gaung sedalam 25 meter.
"Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan berjaya dinaikkan ke atas jalan raya menggunakan sistem takal," katanya ketika dihubungi.Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Pasukan bomba membuat pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 10.45 pagi," katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/pemandu-selamat-kenderaan-jatuh-gaung-25-meter
Pages: [1]
View full version: Pemandu selamat, kenderaan jatuh gaung 25 meter


ADVERTISEMENT