Vellfire Publish time 17-3-2024 05:47 PM

UPKO intai kerusi DUN Melalap pada PRN akan datang

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/img1194.jpeg

JUNIK
TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengintai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Ketua Bahagian UPKO Melalap Junik Bajit berkata, mereka sudah membuat persiapan untuk tujuan itu.
“Jentera UPKO Melelap sudah dibentuk dan siap siaga menghadapi PRN sekiranya PRN ke-17 diadakan bila-bila masa,”katanya.
Menurutnya, kawasan Melalap diakui salah satu kerusi yang panas termasuk berdepan wakil rakyat yang ada sekarang.
“UPKO Melalap bagaimanapun sudah bergerak separuh jalan dan tidak akan berpatah balik.
“UPKO membuat jelajah turun padang selama ini bukan hanya membawa air liur semata-mata tetapi membantu warga emas yang uzur terkesan memerlukan bantuan peralatan kemudahan seperti kerusi roda dan katil untuk keselesaan mereka,” katanya.
Tambahnya, UPKO Melalap juga berjaya membantu anak-anak kampung mendapat biasiswa menerusi Yayasan Bank Rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti hasil usaha UPKO Melalap.
“Itu antara sumbangan yang saya lakukan dalam perjuangan untuk membantu anak-anak kampung dalam pembelajaran dan bukan hanya berpolitik semata-mata.
“Saya begitu kesal sekali melihat tindakan pembangkang yang menyediakan hidangan kurang bersesuaian ketika membuat perjumpaan dan menyifatkan amalan itu kurang sihat kepada belia khususnya yang masih bergelar pelajar.
“Pemimpin setempat perlu membuat perancangan dalam meningkatkan siso ekonomi dan mengutamakan pendidikan anak-anak kampung dikawasan Melalap,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/upko-intai-kerusi-dun-melalap-pada-prn-akan-datang
Pages: [1]
View full version: UPKO intai kerusi DUN Melalap pada PRN akan datang


ADVERTISEMENT