Vellfire Publish time 17-3-2024 05:43 PM

Pelancong warga China lemas semasa mandi di Pulau Sapi

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240316/ed08c189-3413-4542-81d7-cb3f0d3e6d55.jpeg

KOTA KINABALU: Percutian pasangan suami isteri warga China ke negeri ini berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka didapati lemas di Pantai Pulau Sapi di sini.
Mangsa berumur 51 tahun ditemukan lemas semasa sedang menjalankan aktiviti mandi di pantai terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dan isterinya masuk ke Pulau Sapi menggunakan bot pelancongan kira-kira jam 10 pagi Jumaat.
“Mangsa kemudian mandi bersendirian di pantai berkenaan manakala isteri mangsa berada di pantai kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Kira-kira 30 minit kemudian, mangsa ditemukan lemas oleh dua orang pelancong lain sebelum mereka meminta bantuan daripada pengawal pantai di Pulau Sapi,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa naik ke pantai sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) selama lima minit.
“Mangsa kemudian dibawa ke Jeselton Point menggunakan bot pelancongan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada jam 1.55 petang semasa berada di Jeselton Point,” katanya.
Mohd Zaidi berkata, mangsa dibawa ke HQE 1 untuk tindakan lanjut dan kes diklasifkasi sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/16/pelancong-warga-china-lemas-semasa-mandi-di-pulau-sapi
Pages: [1]
View full version: Pelancong warga China lemas semasa mandi di Pulau Sapi


ADVERTISEMENT